Monday, September 17, 2012

Iftitah

#Note
  
Petikan rangkap dari Do'a Iftitah :)


| Islam itu Indah :)

Arti Iftitah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

• Segala kebesaran & segala pujian adalah untuk Allah sebanyak2nya • 

• Maha Suci Allah setiap pagi & petang •

• Aku hadapkan muka kepada (Tuhan) yang menjadikan langit & bumi dengan keadaan tunduk berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongon orang musyrik •

• Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam •

• Tiada sekutu bagi-Nya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang Islam •

Ameen Ya Rabb Al Alameen

| Islam itu Indah :)

Friday, September 7, 2012

12amStudio

Salam,

Alhamdulillah, after a long planned. We now have launched our own brand 12amStudio to the public! Woohoo! 

Feel free to visit our Facebook page ( http://www.facebook.com/12amStudio ), blog ( http://12amstudio.blogspot.com/ ) and twitter ( 12amStudio ) for more details! And if any query, do not hesitate to contact 12amStudio! And of course you are welcome to contact us for order. hehe. Really nice stuff, do check it out! TQ. ♥

12amStudio official logo

12amStudio logo
Contact 12amStudio

12amStudio Services and products


A meaningful moment at Pusat Jagaan OKU Nur, Titiwangsa

Salam,

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk buat entry pasal lawatan ke Pusat Jagaan OKU Nur, Titiwangsa. Pada hari Sabtu 04 Ogos 2012, me and my friends telah pergi melawat ke sebuah Pusat Kebajikan kat Titiwangsa iaitu Pusat Jagaan OKU Nur. Pusat Jagaan OKU Nur ini merupakan Pusat yang menjaga kebajikan pelbagai peringkat usia and bangsa yang kurang upaya dan kebanyakan dari mereka adalah warga emas. Sepanjang lawatan ke pusat ini, banyak perkara dikongsikan bersama kami oleh penjaga pusat jagaan ini, iaitu Kak Normah.

Berbalik pada jalan cerita program ini. Pada mulanya program ini dirancang oleh slaah seorang rakan sepejabat saya di GDP Interiors Sdn. Bhd. yang terbaca tentang artikel Pusat Jagaan OKU Nur ini melalui Facebook. Disini linknya : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151034242748118.458158.564513117&type=1

Kami tersentuh membaca apa yang ditulis oleh rakan Facebook itu lalu kami bercadang untuk mengumpul keperluan harian dan sedikit dana bagi membantu Pusat Jagaan OKU Nur ini dan Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dari rakan sekerja yang lain termasuk juga dari yang bukan muslim. Alhamdulillah. Dan kami juga telah membuat keputusan untuk melaksanakan Fidyah yang tertunggak. Alhamdulillah, saya berjaya melangsaikan Fidyah saya yang tertunggak. Moga Allah menerima amalan kami. Amin.

Gambar sebelum bertolak ke Pusat Jagaan OKU Nur (Sumbangan termasuk bayaran Fidyah)


Dan setelah sebulat suara dan barangan dikumpulkan, kami bersetuju untuk mengunjungi Pusat Jagaan ini pada 4 Ogos 2012 yang lalu dan seramai 12 orang dari kami berserta keluarga masing-masing telah bersepakat mengunjung dan menghantar barangan tersebut ke Pusat Jagaan OKU Nur ini.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Seawal 10 pagi kami telah berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa sebelum ke Pusat Jagaan OKU Nur. Setelah berkumpul kami terus bertolak ke sana dan kami tiba pada jam 11 pagi.


Simpang menuju ke Pusat Jagaan OKU Nur

Pintu Pagar di Pusat Jagaan OKU Nur
Rumah no. 9



Setibanya disana kami disambut oleh Kak Normah (Penjaga Pusat Jagaan tersebut) dan beberapa orang penghuni Pusat yang lain. SubhanAllah, sesampai disana saya bertemu dengan Linda (seorang penghuni warga emas yang kurang upaya), dengan nada yang kurang jelas, Linda bertanya  pada saya "Ayam? Ayam? Ayam mana?". Rupanya baru saya teringat bahawa kami telah memberithau Kak Normah bahawa kami akan menyediakan makan tengahari KFC, sebab tu Linda bertanya. Tetapi malangnya KFC pada ketika itu masih menu sarapan dan terpaksa menunggu sehingga lunch, kasihan Linda. Dan kami juga diberitahu oleh Kak Normah bahawa mereka sudah lama tidak makan KFC. Sedih mendengarnya kerana pada kita KFC sudah jemu tapi pada mereka sesuatu yang sangat dinanti-nanti. :'(

Inilah Linda, ketika ini Linda bertanyakan tentang KFC. :'(
And here a few story when we there:

Sesampai di Pusat Jagaan OKU Nur
Barangan yang disusun

Barangan yang disusun dan kelihatan Linda sedang berbual dengan semua yang hadir

Mama, Leia, Kak Yana and Qaseh sedang beramah mesra dengan Penghuni Pusat Jagaan OKU Nur

Azzam sedang berbual dengan Nana (Penghuni Pusat Jagaan ini yang masih muda tetapi kurang upaya)
Pada ketika ini Nana sedang mendoakan kesejahteraan kami kerana sudi datang melawatnya. :'(

Diantara penghuni Pusat Jagaan OKU Nur, kediaman Pusat jagaan ini sangat daif dan tidak mempunyai sebarang perabot. Mereka hanya duduk dilantai sahaja
Kami sedang beramah mesra dengan penghuni
Add caption

Nana sedang mengusik Azzam, mereka sangat gembira dengan kehadiran kami :')


Masing-masing terlalu banyak untuk diceritakan terutama tentang hari raya :'(

Nana yang sedang asyik berbual dengan Azzam


Linda yang asyik menceritkan tentang kisah silamnya

Banyak yang ingin dibualkan

Nana, Linda sedang berbual dengan Azzam

Santai


Mereka sukakan Qaseh dan Leia. ♥
Najwa bergambar bersama Linda
Najwa dan Linda :)

bersuai kenal


Setting for bergambar kenangan. Mereka sangat peramah dan sporting. :)

Kami berkumpul untuk bergambar kenangan
Gambar kenang, version without me with Papa + Leia. :)
Setelah berbual, berkenalan dan menghulurkan sumbangan tibalah masa untuk kami berangkat pulang. Sedih rasanya bila diajukan soalan ; "Bila nak datang sini lagi?", "Nanti raya datang raya bersama kami ye?". Tapi semuanya tidak dapat dijawab oleh kami. Kami hanya dapat mengatakan InsyaAllah. Sedih kerana tidak mampu menjanjikan apa-apa. Pasti mereka mengharapkan kami untuk kembali lagi, InsyaAllah jika ada kelapangan dan diizinkan Allah, kami akan kesana lagi. Saya disini hanya mampu mendoakan agar lebih ramai lagi dapat sama-sama menghulurkan bantuan kepada mereka ini, pasti walau dengan sedikit bantuan akan mengembirakan hati mereka. InsyaAllah.

Moga mereka dan kita semua sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah dunia akhirat. Amin.

Gambar terakhir sebelum berangkat pulang. Selamat tinggal Pusat Jagaan OKU Nur, moga diberi kesempatan bertemu lagi dan didoakan moga yang baik-baik sahaj berlaku. Amin.



Saya akhiri entry ini dengan beberapa hadis yang indah untuk dijadikan pedoman, InsyaAllah :)

"The Prophet Muhammad (s) said: “Do not turn away a poor man…even if all you can give is half a date. If you love the poor and bring them near you…God will bring you near Him on the Day of Resurrection.”[Al-Tirmidhi, Hadith 1376].

And Al-Quran has stated: "So whosoever does good equal to the weight of an atom (or a small ant), shall see it. And whosoever does evil equal to the weight of an atom (or a small ant), shall see it." [Qu'ran 99:7]. InsyaAllah. :')


Buat suamiku, Suhaizam Mahmmud.

Salam,

Alhamdulillah, aku bersyukur pada Ilahi kerana dikurniakan seorang suami yang penyabar, memahami, ringan tulang dan yang paling penting menyayangi aku sepenuh hati. Jika sudah dikatakan menyayangi aku sepenuh hati, apatah lagi anak-anak. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah. 

Jujur, aku tak perlukan orang lain sebagai penggantimu wahai suamiku kerana aku cintakan dirimu kerana Allah dan aku percaya Allah telah mempertemukan aku dengan insan yang menyempurnakan hidupku. 

Syukur padaNya dan buat suamiku, Suhaizam Mahmmud, saya amat mencintai awak sepenuh hati saya dan terima kasih diatas segala yang telah awak berikan pada saya. Saya sangat beruntung memiliki awak. Awak pelengkap hidup saya. Terima kasih sayang. Alhamdulillah. ♥


Syawal 1433H (2012)

Salam Syawal 1433H! 

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk merayakan hari kemenangan umat Islam selepas berpuasa dibulan Ramadhan. Terima Kasih Allah. ♥

Syawal 1433H di Rasa (Kg. Papa). Leia already 1 year 4 month and 19 days this time. Alhamdulillah. :)

Sunday, August 5, 2012

Exhausted but worth it, Alhamdulillah

Salam,

Syukur sangat hari ni walaupun penat tapi rasa berbaloi, syukur sangat segalanya berjalan lancar. Pagi semalam, pagi2 after sahur Mama dah bersiap. Kemas rumah, siapkan apa2 yang patut tuk dibawa ke Pusat Jagaan OKU Nur, Titiwangsa and ke SWFB(M) event at MIA art Center, Ampang. The event named #pasaraya. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Nantikan full entry about our journey on 4thAugust 2012. Syukur segalannya dipermudahkan oleh Allah and Alhamdulillah, Mama dah selesai melangsaikan hutang fidyah Mama. Moga Allah swt terima amal dan ibadah yang dikerjakan oleh kami semua, Amin.

Here, Mama share a few photos taken at the event, enjoy.... :)


Advertisments

View of PASARAYA grafity from upstairs

The SWFBM booth

12amStudio products! Baby rompers. :)

Mama at the booth :D

SW action figures

Leia, Papa and his friend, Hafiz!

Leia xreti dok diam. huhu.
 
Rambut Leia dah xterbendung. Hee.

The charity photos

Lastly, Papa with retisss! Noh (hujan) :D
P/s: yang paling exhausted dalam program ni Leia lah. Hehe, cian die busy layan semua orang. Mama and Papa suruh tidur, xnak tidur. Her. Tapi Leia mmg xkan tidur if ramai orang nih. Sebab semua orang pun suka melayan dia. Sbb Leia suka buat muka kiut and kelakar. Huhu. I love you Leia darling! :))

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia