Sunday, February 13, 2011

Pagi kenangan dan senyuman.

Hari jumaat hari tu Mama tergerak hati nak bawa External HD ke office, saja je lah nak tengok-tengok External HD tu ok lagi ke tak sebab dah lama betul tak buka kot. Lagipun kerja office tak banyak minggu ni, saja nak buang masa sikit. Hehe.

Settle lah tengok every folder yang ada kat dalam External HD tu, then jumpalah album "kawen-kawen" kat dalam tu. Start lah tersenyum sorang-sorang sambil tengok album tu, nasib baik orang tak cakap buang tebiat. Hehe. Rindu pula masa buat persiapan wedding dulu. Even preparation wedding tu dalam masa yang singkat tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

So, rasanya macam nak share sikitlah a few pictures dari album tu. Nak buat kenangan, mana tahu anak-anak boleh view ke satu hari nanti. Bolehlah mereka tengok Mama and Papa mereka kahwin macamana. Hehe.