Saturday, February 19, 2011

Sunny day weekend.

Hari ni cuaca cerah, rumah pun Papa dah tolong kemas, sapu, mop sebab Mama dah tak larat nak buat kerja berat dah. Syok je rasa, tapi Mama ada tolong sikit-sikit jugak. Hee. Sekarang tengah relax-relax sambil teman Papa tengok tv and Mama update blog kat living. Jap lagi nak pergi kenduri kahwin Ana Sofea, officemate Mama. Dekat dewan Komuniti Pusat Damansara, Syoknya nak pergi makan nasi minyak and tengok pengantin. Hee. Ni je lah aktiviti hari ni. lepas pergi kenduri tak tahu lagi nak kemana, if larat jalan-jalan kejap lah kut, Hee.

Mama & Papa tukar Handphone.

Cuti Maulidur Rasul hari tu, Papa dan Mama pergi jalan-jalan kat Garden, midvalley.  Tak larat pun boleh pergi jalan-jalan ni. hehe. bawak baby pergi jalan-jalan jugak. Orang cakap, nak dekat bersalin kena banyak berjalan. Betul ke? Entahlah. Huhu. Then kami singgahlah kat Maxis Center nak bayar bil and broadband lah konon pastu sementara tunggu turn tengok-tengoklah handphone kat Maxis Center tu dulu. So, memandangkan Sony Ericson G900i kami dah buat hal, which is Mama punya dah kena langgar dengan kereta last year, akibat dari gaduh ngan Papa masa birthday Mama last year lah ni. Ops! hehe. System handphone tu dah bengong sikit and suddently last week handphone G900i Papa pulak buat hal kat touch screen dia yang sometimes berfungsi and sometimes tak tu menyukarkan lagi keadaan sebab susah nak pick up call. So, kami buat keputusan nak servey handphone mengikut bajet lah.

Then tengok-tengoklah package Maxis. Memandangkan kami punya bil handphone Maxis monthly pun sometimes mencecah RM 200-300, So, kami decide untuk "jump" plan yang provide Data services sekali.  Boleh beli handphone mahal dengan harga murah sikit. Hee, 

At first ingat dah alang-alang nak angkat iPhone je tapi bila dah bincang-bincang dengan staf Maxis tu tiba-tiba dia masuk dalam check stock dah tak ada. Aiyaa. Then usha pulak lah BlackBerry. Kami stay dengan just subscribe mainline and lagi 1 subline like before. So tak kacau plan. So, dah tengok-tengok tu Mama pun decide ambil BlackBerry Bold 9700. Cantik juga, I like and then kami pergi servey handphone kat kedai Sony Ericson, Samsung and Nokia. Dekat-dekat situ je. Then dah tengok-tengok tu, Papa pun berkenan nak ambil Nokia C5-03 Ovi. Cantik, ringan. Nanti tengok picture ya.

So, Selamat tinggal Sony Ericson G900i (2009-2011) and Welcome BlackBerry Bold 9700 + Nokia C5-03 Ovi!

Yeay! Mama dapat BlackBerry! :D

bye-bye G900i.

welcome BlackBerry Bold and Nokia C5-03 Ovi.