Friday, September 7, 2012

Buat suamiku, Suhaizam Mahmmud.

Salam,

Alhamdulillah, aku bersyukur pada Ilahi kerana dikurniakan seorang suami yang penyabar, memahami, ringan tulang dan yang paling penting menyayangi aku sepenuh hati. Jika sudah dikatakan menyayangi aku sepenuh hati, apatah lagi anak-anak. Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah. 

Jujur, aku tak perlukan orang lain sebagai penggantimu wahai suamiku kerana aku cintakan dirimu kerana Allah dan aku percaya Allah telah mempertemukan aku dengan insan yang menyempurnakan hidupku. 

Syukur padaNya dan buat suamiku, Suhaizam Mahmmud, saya amat mencintai awak sepenuh hati saya dan terima kasih diatas segala yang telah awak berikan pada saya. Saya sangat beruntung memiliki awak. Awak pelengkap hidup saya. Terima kasih sayang. Alhamdulillah. ♥


No comments: