Monday, June 27, 2011

Mama & Papa first Anniversary.

Alhamdulillah, hari ni genap setahun perkahwinan Mama & Papa dan apa yang paling mengembirakan ulang tahun perkahwinan Mama & Papa disambut bersama Leia Myeisha. Syukur kepada Allah swt diatas segala limpahan rahmatNya ini. Semoga hubungan Mama & Papa berkekalan dunia & akhirat dan semoga keluarga kita akan sentiasa dirahmati oleh Allah swt. Amin.

Hari ulangtahun perkahwinan Mama & Papa disambut sama dengan hari ulang tahun kelahiran Papa yang ke28. Alhamdulillah Papa masih sihat dan gembira bersama kita dan Mama doakan semoga Papa berjaya dalam apa jua yang Papa lakukan, dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa bahagia bersama Mama, Leia dan keluarga kita. Amin.

Hari ulangtahun yang pertama ni jatuh hari isnin yang sepatutnya hari bekerja Mama & Papa tapi with unplanned programme Mama & Papa amek cuti buatan sendiri, hehe. Pagi td after mandikan and siap2kan Leia, Mama & Papa hantar Leia ke rumah Nanny pengasuh macam weekdays biasa. Then Mama & Papa amek peluang ni pergi uruskan Mykid Leia tapi malangnya Pejabat Pendaftaran Negara, Kota Damansara offlone pulak. Tak dapat nak amek Mykid Leia, So Papa decide amek esok je.

So, Plan Mama & Papa berubah untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. At first after pergi PPN tapi off line tu, Mama & Papa pun teruslah ke The Curve, disebabkan lame tak tengok movie, Mama & Papa tak melepaskan peluang yang ada ni untuk marathon movie. Bukan maksud Mama & Papa tak nak bawa Leia sekali tapi Mama & Papa memikirkan untuk kebaikan Leia yang masih kecil sound effect dalam panggung tak baik untuk baby kami terpaksa tinggalkan Leia, Tapi Leia jangan risau bila Leia dah besar, kita layan movie sama-sama ok sayang. Lepas marathon movie (KL Gengster - Green Lantern) Mama & Papa tak berlengah lagi terus amek Leia kat rumah Nanny untuk celebrate anniversary Mama & Papa and birthday Papa. Leia good girl tak tidur sebab nak celebrate sama Mama & Papa. Sayang Leia sangat2.  Kitorg celebrate kat Delicious. Mmg Mama & Papa da plan awal2 nak celebrate kat situ. food mmg super especially dessert dia, and staff pun best. siap manager dia cakap mase nak balik tu "nice stroller and cute your baby, tq.". hehe. thumbs up to Delicious. :)

So ni lah aktiviti Mama & Papa untuk ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Even it simple tapi amat bermakna. Alhamdulillah. :)

p/s: what Mama get for this 1st year anniversary? hehe. An iPhone. tq2 Papa. I love you so much darling. Muah! :))

   
Mama & Papa dating marathon movie. :D
Celebrate 1st anniversary at Delicious | 270611

Mama with Leia. Leia mmg suka pandang Mama kan? hee. muah!
Papa with Leia. I love you both! :)
yummy drinks. Mine Death by chocolate ice and Papa's is Lychee ice tea.
Spicy seafood Spaghettini by Delicious.
Hainanese Chicken Chop by Delicious.
Nyum2. Death chocolate brownies by Delicious. Also as a cake for the anniversary. :)
Anniversary's present from Papa. huhu. I love you Papa. :)