Tuesday, July 3, 2012

PHD!

Salam, 

Tahniah, anda telah layak menerima sijil PHD. Tahniah sangat sangat! 

Sesungguhnya manusia yang membina kejayaan diatas kejatuhan orang lain, tidaklah berkat kejayaannya itu. Amin.

Kesian dengan orang yang bersifat hasad dengki ni, xsenang dengan kejayaan orang lain. Hidup die mesti sentiasa dalam ketakutan sbb takut orang yg didengkinya tu lebih advance dari die. Kesian! Ketahuilah doa doa orang teraniaya itu amatlah mujarab!
tertulis dalam surah Alam Nasyrah." Selepas kepayahan, pasti datang kemudahan. ".

Doa bagi orang yang teraniaya

"Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". 
Amin Ya Rabb 

" Ya Allah. Mereka ini ( nama penzalim ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. "
Amin Ya Rabb 

Aku berserah padamu Allah, bantulah kami menyelesaikan masalah ini. Amin.

 **note: to Papa, be patient k. Mama and Leia will always support you. You are such a great Papa and you can face all of this with wonderful way of thinking. Haters gonna be hates you forever coz they have nothing and they dont have what you have. Trust me. They will regrets! Allah sentiasa ada bersama kita. InsyaAllah. Moga family kita sentiasa dibawah lindungan Allah dan dirahmatiNya dunia dan akhirat. Amin. :'(

Pelik dengan sikap manusia sekarang, suka bergembira atas kesusahan orang lain. SubhanAllah.

Lampiran Doa orang teraniaya:

Doa ketika berdepan dengan orang zalim atau binatang buas

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu.  Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu. Allah menghidupkan kita dan kepada-Nyalah kita kembali.  Asy-Syura: 15
 
 Doa mengelak rancangan jahat musuh
Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.  Ali Imran: 54