Monday, August 8, 2011

Hari lahir Mama.

Alhamdulillah, 2 ogos 2011 lepas Mama dah masuk 25tahun. Syukur diatas segala limpah kurnia Allah SWT selama suku abad hidup ni. Macam2 pengalaman diharungi da sekarang segalanya dikongsi bersama Leia Myeisha dan Papa tersayang. Pinta Mama dihari lahir kali ni cuma satu. Semoga keluarga kita sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dilindungiNya. Amin. :)

Doa sempena hari kelahiran:

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Dengan penuh rasa kesyukuran, kami berhimpun pada pagi ini, untuk meraikan sambutan hari lahir …………………………. , sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya maka kami memohon kepadaMu agar Engkau panjangkanlah umurnya dalam rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat.

Ya Allah Ya Sami‟u Ya „Alim,
Kami menitipkan doa ini, dengan bersungguh harap agar engkau kurniakan kepada saudara kami ini hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yang terpuji agar dengannya dapatlah dia menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabarannya tanpa goyah jatidiri.

Ya Allah Ya Karim,
Sejahterakanlah kehidupan saudara kami ini, bahagiakanlah dirinya agar kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama, bangsa dan negara. Amin Ya Rabbal Alamiin.

source: Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Salam . Mama Leia




 Birthday cake Mama from Papa. Iloveyou Papa. 4am after sahur 2ndaugust2011. :)