Sunday, August 5, 2012

Exhausted but worth it, Alhamdulillah

Salam,

Syukur sangat hari ni walaupun penat tapi rasa berbaloi, syukur sangat segalanya berjalan lancar. Pagi semalam, pagi2 after sahur Mama dah bersiap. Kemas rumah, siapkan apa2 yang patut tuk dibawa ke Pusat Jagaan OKU Nur, Titiwangsa and ke SWFB(M) event at MIA art Center, Ampang. The event named #pasaraya. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Nantikan full entry about our journey on 4thAugust 2012. Syukur segalannya dipermudahkan oleh Allah and Alhamdulillah, Mama dah selesai melangsaikan hutang fidyah Mama. Moga Allah swt terima amal dan ibadah yang dikerjakan oleh kami semua, Amin.

Here, Mama share a few photos taken at the event, enjoy.... :)


Advertisments

View of PASARAYA grafity from upstairs

The SWFBM booth

12amStudio products! Baby rompers. :)

Mama at the booth :D

SW action figures

Leia, Papa and his friend, Hafiz!

Leia xreti dok diam. huhu.
 
Rambut Leia dah xterbendung. Hee.

The charity photos

Lastly, Papa with retisss! Noh (hujan) :D
P/s: yang paling exhausted dalam program ni Leia lah. Hehe, cian die busy layan semua orang. Mama and Papa suruh tidur, xnak tidur. Her. Tapi Leia mmg xkan tidur if ramai orang nih. Sebab semua orang pun suka melayan dia. Sbb Leia suka buat muka kiut and kelakar. Huhu. I love you Leia darling! :))

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Friday, August 3, 2012

August 2012 - Alhamdulillah

Salam,

Syukur kehadrat ilahi, Mama kini sudah menjengah usia 26tahun. Syukur dengan segala limpah kurnia dari Allah swt. Segala suka duka pahit manis yang telah dilalui. Ku panjatkan kesyukuran atas segalanya.

Semalam 2 ogos 2012, hari jadi Mama and it was normal like usual. A wish from Papa, a gift 'special and different gift' from Papa. Thank you Papa. I know you loves me. *touched* :')

Semalam juga, we had our iftar at Royale Bintang Hotel, the curve. Treat by one of GDP supplier (versalink). Thank you for the treat and invitation. Rezeki jangan ditolak, Alhamdulillah. :)

Today pula, iftar at KLGCC with Fizz asso. , Papa's office treat. Alhamdulillah. But iftar td xberapa berjalan lancar sbb Leia xselesa. So have to leave early. Cian Leia meragam. Jarang anak Mama ni meragam. I have no idea why. Then, masuk kereta Papa umpan dgn kids song in iPhone terus terlena. Mengantuk kot. Huhu.

And today also, we so grateful cause we already bought barang-barang sumbangan for Pusat Jagaan OKU Nur. Alhamdulillah juga Mama dah beli beras untuk melangsaikan fidyah Mama. Lega rasanya. Syukur. InsyaAllah esok pagi akan ke Pusat Jagaan OKU Nur dulu untuk menghantar barangan derma, lepas tu akan ke charity event Papa pulak. Moga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin.
So, kebetulan ada tulis pasal fidyah rasa nak share sikit ilmu pasal fidyah ni. Cara bayaran fidyah: 

Kadar fidyah dikira berdasarkan harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak bagi satu hari puasa yang ditinggalkan. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan sesuatu tempat. Harga fidyah di Selangor 2012 adalah RM1.75.  -sumber ihsan Lembaga Zakat Selangor - fidyah.

Atau contoh cara lain pengiraannya: RM27 (harga bg 10kg beras) / 10000 gram (10kg ke gram) x 657 gram (bersamaan 1cupak beras) = RM1.75 secupak

RM1.75 x 7 hari tinggal puasa = RM12.25 (jumlah fidyah bagi 7hari puasa yang ditinggalkan bagi tahun sebelumnya) 
Dan sekiranya tidak sempat menggantikan puasa yang ditinggalkan pada tahun sebelumnya sehingga menjelang ramadhan tahun kedua berikutnya. Fidyah haruslah digandakan mengikut tahun yang tertinggal. Contohnya jika puasa yang ditinggalkan pada tahun 2010 tetapi diganti pada 2012, maka fidyah hendaklah digandakan kepada 2. Begitu juga untuk tahun2 yang berikutnya. Untuk keterangan lanjut bolehlah merujuk pada mana2 pihak yang lebih arif, InsyaAllah.

Moga dapat dimanfaatkan ilmu itu. :)

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Thursday, August 2, 2012

Booth at PASARAYA organized by SWFB(M)

Salam,

Ada another story yang terlupa pulak nak cerita, hee. This is another thing that i've been busy today, Papa's event for SWFB(M). Papa get one booth at Pasaraya, Ampang (Pasaraya is actually a kind of bazaar for art people like Bijou Bazaar, Pasaraya is a name for the bazaar). This is a charity event too. This event is on the same date with our amal project to Pusat jagaan OKU Nur tu. that's why kelam kabut sikit sekarang ni,i've to help both event cause these event is under my closest people in my life. GDP colleagues and husband! Huhu. Hopefully everything went well. Amin.

So, Mama will update this two event after the visits ok. Now, xde story sangat cause belum sampai lagi. Hehe. Hopefully semuanya berjalan lancar. The planned is Mama + Papa and ofcourse Leia too will be at pusat jagaan OKU Nur at 10am this 4th august then on the afternoon we will be at Pasaraya SWFB(M) booth. Phew!! It will be a fantastic weekend to help peoples that needs. Huhu. But Mama rasa, we will enjoy it. InsyaAllah. :D

Okla, contunue later after a visits to this two places ok. InsyaAllah. :)

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Wednesday, August 1, 2012

Pusat Jagaan OKU Nur, Titiwangsa

Salam,

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kita masih bernafas dan sihat wal-afiat hari ni. Hari ni Mama busy sangat kat office, busy dengan project TNB - tapi ni biasa, dah hari-hari hadap. Huhu. Tapi hari ni extra busy sebab busy manage satu project amal yang diorganize oleh Mama and my colleagues. Project amal sempana bulan Ramadhan and untuk melangsaikan fidyah yang tertunggak, InsyaAllah. Project amal ni actually ilham dari one of my colleague, Kak ann yang tersentuh dengan satu album lawatan her friend kat Pusat Jagaan OKU Nur in Facebook. Then, she told me to help them with some of kerja amal. Then after a few discussion we have decided to gather semua kawan-kawan yang berhajat nak membantu jugak, disamping boleh membayar fidyah. This project is really interesting to me and i am also has invited Papa's Star Wars Club (Star Wars Fanboys (M) / SWFB(M)) to join us. Untuk meramaikan bilangan penderma, InsyaAllah. And setakat ni, sambutan amatlah menggalakkan eventho from non-muslim friends. Alhamdulillah. :)

Actually, as i know this Pusat Jagaan OKU Nur ni adalah sebuah pusat jagaan bagi orang kurang upaya yang terdiri daripada pelbagai usia and from the album that Kak ann shows to me, most of them adalah warga emas yang kurang upaya. Sangat tersentuh bila tengok all those pictures, ni belum lagi bila dah sampai kat sana. Mama kat sini just boleh mendoakan agar lebih ramai pihak dapat membantu orang yang memerlukan macam mereka ni. Ni sebab jika kita mampu haruslah kita berkongsi pada yang memerlukan kerana mungkin hari ni hari mereka, esok lusa kita tak tahu, SubhanAllah. And lastly, before i continue with new episode of this story. My hope is this project will be success dan dipermudahkan oleh Allah swt hendaknya.

Tak sabar nak tengok dan berbual dengan saudara2 di Pusat Jagaan OKU Nur tu nanti, Moga Allah merahmati apa yang ingin kami lakukan ini. Amin.

For anak Mama, especially my eldest daughter - Leia Myeisha. Ingatlah wahai sayang, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Hari ini kita bantu orang yang susah, InsyaAllah esok lusa Allah akan permudahkan jalan hidup kita dan merahmati segala apa yang kita usahakan. Amin. :)

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia