Wednesday, November 21, 2012

Pray for Palestine

Assalamualaikum,

Ya Allah, bantulah saudara-saudaraku yang sedang berjuang mempertahankan tanah tumpah, agama, keluarga dan keturunan mereka di Palestin. Hancurkanlah musuh-musuh Islam, hancurkanlah Israel laknatullah. Moga kemenangan dan kebebasan milik umat Islam dan Palestine. selamatkanlah saudara-saudara kami disana serta lindungilah mereka terutamanya kaum-kaum yang lemah iaitu wanita dan kanak-kanak, sesungguhnya tidak  ku sanggup melihat akan penderitaan mereka. Berkati serta lindungilah kami walau dimana kami berada, sesungguhnya kami insan yang hina, hanya meminta pertolongan dan perlindungan padaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Ameen Ya Rabbal Al-Ameen. :'(

Marilah sama-sama kita berdoa dan membantu apa yang termampu untuk saudara kita dia Palestine. Moga keamanan milik mereka. Ameen.

Bagaimana untuk membantu? Selain melalui kekuatan orang Islam iaitu DOA, ini beberapa medium yang harapnya dapat dimanfaatkan:

SMSTaip PALESTIN RM10 / RM5 / RM1 dan hantar ke 39111. 


Bantuan wang ringgit

Teruskan menyumbang ke dalam TABUNG A2G EMERGENCY RELIEF AQSA SYARIF BERHAD di: 

Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904.

Yang berada di Mesir :

Hubungi wakil AQSA Mesir di kawasan anda. 

Alexandria - 
Hairul Anuar Mahat ( 0111 423 4585)
Nurushifa binti Shopuan Anuar (011 466 01946)

Mansoura- 
Fikri Indra Prastanta (0111 916 3696)
Nurul Hani Bt Abdul Jalil (0111 205 7394)

Tanta- 
Azizul Hakim Mahdi (0114 297 0299)
Syazana Ayu Hussin (0111 734 6038)

Zagaziq- 
Hanif Jubri (0112 520 0997)
Balqis binti Zulkefli (0114 452 3994) 

Cairo 
Nasr City- 
Muaz Mazlan (0114 252 3563) 
Nurul Kauthar Kamaruzaman (0114 667 3911)

Sayyeda Zainab - 
Ihsan Halim (0114 578 5797)
Wan Nurul Husna (0115 776 4554)

Abaseya - 
Muhaimin Saiful ( 0114 774 0587) 
Aeidah binti Hassan (0114 774 5400) 

IKRAM Mesir 2012

PERHIMPUNAN & SOLAT HAJAT FOR GAZA

"Solat Hajat GAZA pada 22 Nov 2012 (Khamis) jam 7 malam di PWTC. Pengisiannya Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Solat Isyak. Hubungi:-Rizan Hassan (0137733676)

"Solat Hajat GAZA pada 22 Nov 2012 (Khamis) jam 7.45 - 10.30 malam di STADIUM USM, KAMPUS INDUK. Pengisiannya Solat Isyak, Solat Hajat berjemaah, ceramah pencerahan isu Plaestin. 

Perhimpunan Selamatkan kanak-kanak Gaza. Tempat: Masjid Abidin (Masjid Putih) Dataran Syahbandar Kuala Terengganu, Masa: Selepas solat Jumaat, Tarikh: 23 Nov 2012


MEMBOIKOT BARANGAN KELUARAN ISRAEL!

Please boycott! if only this you can do, so do it! Better than nothing.
Pada Mama xrugi apa-apa pun pada kita kalau kita boikot barangan Israel, malah mungkin kita akan mendapat ganjaran pahala kerana berusaha membantu walau sedikit, InsyaAllah. 

Even orang cakap boikot pun xmenjejaskan mereka tapi bagi Mama senang je. Do something, better than nothing. 

Moga apa yang kita lakukan ni diberkati Allah swt dan jika xbanyak dapat bantu sedikit pun Alhamdulillah. Dan moga Palestine mendapat kemenangan dan kebebasan daripada ancaman Israel laknatullah. Ameen Ya Rabbal Al-Ameen.

Here some photo I want to share that we are tottaly supported Palestine, YOU ARE NOT ALONE MY BROTHERS AND SISTERS! Allah is with you, we also with you and always support you. Be strong! Our pray is always with you! AllahuAkhbar! Allah maha Besar!

Supported from 12amStudio

Supported from Star Wars Malaysia Fanboys (SWMFB)
AllahuAkhbar! Please pray for Gaza. Please save Gaza!

Doa Mama: Ya Allah, jadikanlah anak-anakku manusia yang sentiasa membantu menegakkan Islam dan yang sentiasa tidak takut membantu saudara-saudaranya, keluarganya walau apa jua keadaan. Berikanlah aku dan suamiku kekuatan dan ilmu yang cukup untuk mendidik anak-anakku kejalan yang diredhaiMu. Berkatilah kami dunia dan akhirat. Ameen.

Friday, November 16, 2012

Leia's favorite words lately

Assalamualaikum sayangness! :)

Apa ayat favourite Leia lately? Now Leia is 1year 7month 16days, suka betul cakap cani.....

Mama, Mama, come! Cit ye(seat here).....
Mama, Papa, come! Dodok(duduk)!.....

Haha, COME! Nak pi dapur pun, come Mama. Come Papa. Nak keluar, Mama, Papa, Jom! Ikoooot! Huhu.
Padahal, kekadang baru bangun tu. huhu.

And suddenly teringat Leia sekarang pandai cakap. Ya ayang Ama (Leia sayang Mama). Hee.
Thank you sayang, Mama pun sayang Leia - sangat sangat! <3 :')

Mama mohon pada Allah: Moga Leia membesar dengan sempurna, disenangi orang, disayangi Allah serta dirahmati dan diberkati Allah swt sentiasa. Ameen Ya Rabb. :)
Mama + Papa <3 Leia Myeisha!

Wednesday, November 14, 2012

Awal Muharram 1434H

Salam Maal Hijrah,

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan bernafas di tahun baru Islam ini. Syukur Ya Allah. Banyak betul tengok soalan, macaman azam tahun lepas? Tercapai? Azam tahun ni apa? Huhu. Soalan2 tu semua buat Mama sedar yang azam tahun baru ni penting jugak sebenarnya. (Ok, Mama memang lambat sikit, dah suku abad hidup baru nampak kepentingan azam tahun baru, heish!) hehe. Sebab before ni, hidup main redah jek. Alhamdulillah, apa yang dihajati sebelum ni most of it tertunai, Syukur Ya Allah. Terima kasih. :)

Tapi, for the first time Mama letakkan azam atau wishlist yang betul2 Mama nak cuba tunaikan tahun ni, InsyaAllah jika diizinkan Allah. Ameen. Setakat semalam wishlist Mama ada 6, huhu. Apa dia, bialah Mama dan Allah saja yang tau. Moga2 dipermudahkan. Tp kebanyakannya tentulah untuk menjadi muslim yang lebih baik dari sebelum2nya dan untuk keluarga serta masa depan. Moga wishlist ini diberkatiNya dan dipermudahkan olehNya. Ameen. Hanya Allah sahaja tempat kita memohon pertolongan dan hanya Allah yang Maha berkuasa yang mengetahui apa yang terbaik buat Hamba2Nya. :')

Moga Mama berjaya melaksanakan 6 wishlist tersebut, Ameen YaRabbal Al-Ameen. 

Dan tetibe.... ;p

Ni perangai Leia masa malam Maal Hijrah. Xnak sleep pastu amek iPhone Papa buka Boboiboy and tgk sambil tongkat dua tangan kat dagu. Haha. Comeeeel! <3 

Jazzakallah. :)

Tuesday, November 13, 2012

Xoxo !

Just finish watching gossip girl season 5 episode on 15th nov. 2012. What i like most about the gossip girl serries is at the end of the stories will have a nice quote that i love to hear and for today the quote is.....

If you don't have something nice to say, you should just shut your mouth. ;)

Huhu. Enuf with gossip girls. What interesting today, selainholiday? Hee.
Today xpi mana2 pun, dok rumah layan Leia jek. Leia sekarang mmg suka membebel jek, suka tgk Leia bebel. Kiut sebab sebutan dia and nada dia yang manja sangat. Rasa nak cium2 jek. Hehe.

Today, Leia be a big girl lagi. Hari2 pun nak spot dia jadi big girl kan? Haha. Hari ni Leia sangat behave gosok gigi, Mama and Papa so proud of you Leia! Good job darling! Bukan apa, kalau selalu tu nak suruh dia gosok gigi, mula2 tu camni.....

Mama: jom mandi jom Leia.
Leia: jom manneh nyom (jom mandi jom)
Mama: cepat cepat, kita gosok gigi sekali, yeay!
Leia: cok igi, yeay! (Gosok gigi, yeay!)

Pastu masuk toilet....

Mama: Pa, tolong pleeeaseee
Leia: Papa, ong pisssss (Papa, tolong please)

Then bila Papa datang tolong pegang dia....
Meraung macam kena dera. Haha! Tadi bukan main "cok igi yeay!" Haha!

Mama psycho ngan cita upin ipin belajar gosok gigi kat sekolah pun xjalan. Huhu.
Sebab tu bila today Leia tetiba behave masa Papa pujuk gosok gigi, how impressed i am! Huhu. Well done kakak! I love you! :D

Btw, Alhamdulillah, Leia start cakap since dia dapat kaki lagi. In age of 1years old. First word dia "Papa" then later baru "Mama", "ok", "nak", "emo (elmo)", abird (angrybird)", "apipen (upin ipin), etc. Alhamdulillah, on the age of 1y 7m 13days which mean today, many words she can pronounce in proper way, syukur dan we can communicate with her easily. Thank you Allah cuz' gave me such a lovely daughter that makes me always reminds to thank to you. Thank you. Syukur. :')

Hehe. Esok cuti lagi, yeaaay! Xoxo! :))


Monday, November 12, 2012

Cuti-cuti deepavali

Assalamualaikum,

Since sabtu hari tu Mama xsihat, demam in a sudden. And today terpaksa pi kerja sebab ada meeting kat site and Mama all alone meeting the clients. Billy cuti, najwa cuti. Huntuuunglaaa bole cuti. Haha. Jeles cane ntah. Haha. But, Alhamdulillah the meeting was went well. Tp Mama still xsihat lagi. Td xdapat pun nak MC, esok cuti depavalli, xpayah nak MC pun lah. Dok umah rehat. Huhu. Xsabar jugak nak tunggu esok, nak urut satu badan ni, xsabar nak jumpa tukang urut Syahadah, tukang urut yang direkemen oleh kak irene, katanya bgus. Hopefully its true. Lately asyik sakit2 pinggang jek. Nak urut kasi sedap sikit badan. Huhu. And cas Sya nih murah jek, RM65 and she will come to my home.tu yang penting, xyah susah2 pi carik dia. Dia carik kita. Hehe.

So, rehat2 esok and lepak2 je since badan pun xsedap. Syoknye dapat cuti, bole teman Leia main2, budak tecik Mama tu dah macam2 sekarang, keletah cakap bukan main lagi. Huhu. I love you Leia. Muahhhhh! Skrg siap dah pandai cakap, come Mama come, duk sini. Pastu babai Mama, i love you. Hee. I love you more, Leiaaaaa! Xoxo! :D

Itu saja for now, selamat cuti deepavali. :)


Thursday, November 8, 2012

February 2013

Dear February,

Please coming fast, i just can't wait to see you. Hope everything goes well. Ameen Ya Rabb. :))