Friday, August 3, 2012

August 2012 - Alhamdulillah

Salam,

Syukur kehadrat ilahi, Mama kini sudah menjengah usia 26tahun. Syukur dengan segala limpah kurnia dari Allah swt. Segala suka duka pahit manis yang telah dilalui. Ku panjatkan kesyukuran atas segalanya.

Semalam 2 ogos 2012, hari jadi Mama and it was normal like usual. A wish from Papa, a gift 'special and different gift' from Papa. Thank you Papa. I know you loves me. *touched* :')

Semalam juga, we had our iftar at Royale Bintang Hotel, the curve. Treat by one of GDP supplier (versalink). Thank you for the treat and invitation. Rezeki jangan ditolak, Alhamdulillah. :)

Today pula, iftar at KLGCC with Fizz asso. , Papa's office treat. Alhamdulillah. But iftar td xberapa berjalan lancar sbb Leia xselesa. So have to leave early. Cian Leia meragam. Jarang anak Mama ni meragam. I have no idea why. Then, masuk kereta Papa umpan dgn kids song in iPhone terus terlena. Mengantuk kot. Huhu.

And today also, we so grateful cause we already bought barang-barang sumbangan for Pusat Jagaan OKU Nur. Alhamdulillah juga Mama dah beli beras untuk melangsaikan fidyah Mama. Lega rasanya. Syukur. InsyaAllah esok pagi akan ke Pusat Jagaan OKU Nur dulu untuk menghantar barangan derma, lepas tu akan ke charity event Papa pulak. Moga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin.
So, kebetulan ada tulis pasal fidyah rasa nak share sikit ilmu pasal fidyah ni. Cara bayaran fidyah: 

Kadar fidyah dikira berdasarkan harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak bagi satu hari puasa yang ditinggalkan. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan sesuatu tempat. Harga fidyah di Selangor 2012 adalah RM1.75.  -sumber ihsan Lembaga Zakat Selangor - fidyah.

Atau contoh cara lain pengiraannya: RM27 (harga bg 10kg beras) / 10000 gram (10kg ke gram) x 657 gram (bersamaan 1cupak beras) = RM1.75 secupak

RM1.75 x 7 hari tinggal puasa = RM12.25 (jumlah fidyah bagi 7hari puasa yang ditinggalkan bagi tahun sebelumnya) 
Dan sekiranya tidak sempat menggantikan puasa yang ditinggalkan pada tahun sebelumnya sehingga menjelang ramadhan tahun kedua berikutnya. Fidyah haruslah digandakan mengikut tahun yang tertinggal. Contohnya jika puasa yang ditinggalkan pada tahun 2010 tetapi diganti pada 2012, maka fidyah hendaklah digandakan kepada 2. Begitu juga untuk tahun2 yang berikutnya. Untuk keterangan lanjut bolehlah merujuk pada mana2 pihak yang lebih arif, InsyaAllah.

Moga dapat dimanfaatkan ilmu itu. :)

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia