Thursday, October 25, 2012

Hari Arafah - 9 Zulhijjah

Assalamualaikum,

Esok merupakan hari Arafah iaitu bersamaan 9 Zulhijjah, Mama and Papa plan untuk berpuasa pada hari esok, harap sangat dapat tunaikan ibadah tu. Selagi masih diberi kesempatan hidup dimuka bumi Allah ini, haruslah grab apa sahaja peluang untuk menambah pahala, InsyaAllah. Ameen. Moga ibadah kita semua dirahmati dan diberkati Allah swt hendaknya. Ameen Ya Rabb.

But, mesti setiap orang pun tertanya apa tu hari Arafah and ape kelebihannya, haa.....InsyaAllah untuk rujukan anak cucu, Mama sertakan beberapa huraian tentang hari Arafah kat sini. (Sumber : google)

Apakah hari Arafah?
Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim). 

Adakah sunat betpuasa pada hari tersebut?
hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Siapakah yang dikecualikan berpuasa pada hari Arafah?
Jemaah Haji tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

SubhanAllah, banyak kelebihan berpuasa pada hari Arafah kan? Siapa xnak pahalakan? Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi pada 9 Zulhijjah ini. Moga kita diberi kesempatan untuk merebut peluang berpuasa pada hari Arafah ini. Ameen Yarabbal Al-Ameen. 

P/s: Jom anak-anak Mama nanti puasa hari Arafah joms! :D

Bismillahirahmanirahim,
Niat Puasa Hari Arafah: "Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana Allah Taala."

Selamat berpuasa! :)