Wednesday, December 14, 2011

Demam.

Salam,

Till today Mama still not feeling well. Cough, flu, running nose, sore throats and FEVER! Mama rasa for a long time jugak la xrasa mcm ni. Almost 2years kot cause last time Mama demam mcm ni sbb pregnant kan Leia. Opsss! Adakah?? Owhh, xkot. fully protection nih. hehe.

Ok, since demam from last sunday Mama dah MC dua hari dah. Isnin Mama still gagahkan jua ke office sbb ade submisstion TNB. Tp isnin tu mmg dah xlarat la. Alhamdulillah sempat siapkan jugak isnin and dapat MC dua hari ni sbb mmg betul2 xlarat. Haih. Semoga esok semakin baik. Amin.

Yang xbestnya demam sekarang ni kena kuarantain dari dekat ngan Leia. warghhhh!! terseksa woo. Sbb hari2 dok peluk cium Leia tp sbb demam xboleh dah. grrrr! Papa lak saja buat Mama tambah geram g cium peluk2 Leia depan2 Mama. Aduhh........Leia!! hehe. tp ape, cool lg.

And part yang menyentuh hati bila demam sekarang ni pulak ialah kesabaran Papa jaga Mama. hehe. semalam Mama batuk sampai muntah-muntah. Can you imagine how hard my fever this time?? then Papa pun gigih la tolong bersihkan muntah Mama. how kind of you Papa sayang. Rasanya orang lain mest xsanggup tu. Papa mmg suami yang baik! then in this two days demam ni, Papa gigih lapkan badan and letah towel kat kepala Mama. I love you Pa. Thanks. sobsob! Semalam pas hantar Mama g klinik, Papa bagi Mama makan, ubat, lap2 Mama and tidurkan dulu then baru g keje. Alhamdulillah. Papa sangat prihatin. :)

Tapi sedihnya semalam Mama demam teruk xdapat sediakan food Leia. huhu. termiss 1hari. semalam  Leia without Mama food. Cian Leia. Hari ni tak larat gak tp Mama still bangun lagi tuk sediakan food Leia, sbb memikirkan apa Leia nak makan nt. Alhamdulillah today adalah food from Mama with love for Leia. :)

Today situation almost normal. panas yang semalamnya almost 40c dah kebah semalam, berkat Papa jaga, ubat and rehat yang cukup dan dengan izin Allah SWT. Alhamdulillah. InsyaAllah esok dah bole peluk cium Leia. hee. :)

Today still MC, hopefully esok boleh bertugas seperti biasa. Amin. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dan mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua. Amin.

Salam . Mama Leia

Saturday, November 26, 2011

In love with them.

My love, my soul, my life and my everything.
Suhaizam's family. :)

My super dupper cute adorable daughter. Leia Myeisha binti Suhaizam.
My sweetest daughter, Leia Myeisha binti Suhaizam. :)

My super cool kindness husband. Suhaizam bin Mahmmud.
Encik Suhaizam. :)

Love them both so mucho!!!! Only Allah knows. :*
Sayangsssss! :))
Leia | Mama | Papa :)

Salam . Mama Leia

Friday, November 25, 2011

My wish.

Today Mama and Leia has follow Papa to the meeting. Hehe. Sibuk je. But Mama so glad that Mama can follow and met one of the powerful women in Architecture industry. Owh, Ya Allah, I wish to be like them someday. InsyaAllah. Amin. Amin. That my wish. Hehe. Next time kita ikut Papa lg nak Leia? :D

P/s: btw, Leia bg hadiah pulak kat aunty tu punya office td. Huhu. Cian my daughter, sakit peyut ye? Hehe. For the auntie. Sorry la i was keeping the Leia's "present" at ur office for 3days without ur acknowledgement, since this monday is a public holiday for awal muharram kan. Huhu. Ampuuuunnnn. Ngee.

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Wednesday, November 16, 2011

Harapan.

Semalam mood Mama and Papa xberapa ok. Ni semua disebabkan kami terlalu stress memikirkan masalah kewangan kami yang sangat kritikal pada bulan ni. Bulan ni mmg amat memerlukan duit sbb bulan ni la kena bayar stamp duty lawyer tapi Alhamdulillah yang ni selesai sebab dapat diskaun and guna duit simpanan Mama sikit and Papa sikit. Yang jadi problem nye bulan ni juga roadtax kereta tamat tempoh. Tu yang kami pening memikirkannya. So, semalam dua2 balik rumah dalam keadaan badmood. Makan malam pun x. And Mama xberapa sihat, batuk sikit. Pastu nak layan perasaan punya pasal Mama pun baringla kat tilam depan tv sambil layan lagu kat iPad pakai earphone sampai tertidur. Then bila Papa pulak nak masuk tidur Mama sedar Papa tolong bukakan earphone and suruh Mama tidur betul2. Tapi bukan tu yang Mama harapkan. Apa yang Mama harapkan ialah Papa akan kejut Mama pujuk Mama and berbincang pasal masalah kami ni. Tapi semua tu tinggal harapan and at last pagi tu bangun Mama kejut Papa subuh, Mama prepared food Leia then ada masa sikit tu Mama peluk Papa and minta maaf pasal semalam. Menyedihkan betul. Walaupun Mama sepatutnya lega kami dah berbaik tapi menyedihkan sebab as usual Mama yang akan minta maaf dulu. Harapan la nak merasa Papa cium dahi Mama ke peluk Mama ke tuk ninta maaf. :(

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Sunday, October 2, 2011

Like the old days.

what i'm feels now? Feeling sad and maybe so sad inside. :(

Like the old days, when i'm upset i will sing a song, a spirit song to me. like "i'm a big big girl, in a big big world. its not a big big thing, if u leave me. but i do do feel, that i do do will. miss u much, miss u much.......". :(

and another spirit song to me. "hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi. biar terjadi, hadapi dengan tenang jiwa. semua kan baik-baik saja. bila ketetapan tuhan, sudah ditetapkan tetaplah sudah. tak ada yang bisa merubah dan bisa berubah. relakanlah saja ini bahawa semua yang terbaik, terbaik untuk kita semua menyerlah untuk menang".

humm. let times heal it. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. WaAllahualam.

Salam . Mama Leia

Kisah Amirul mukminin Umar al-Khattab dan Isterinya.

Mari kita sama-sama renung-renungkan dan mengambil iktibar dari kisah ini.
Sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).

Terdapat juga suami yang melakukan kekasaran kepada isteri secara fizikal misalnya memukul isteri. Memukul isteri dibenarkan selama pukulan itu bersifat pengajaran dan tidak menimbulkan rasa sakit yang membahayakan diri isteri. Hal ini disebutkan di dalam hadith berikut:

نهوحبقت لاو نهوبرضت لاو
Ertinya: "dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka”.

Kerana itu walaupun suami bermaksud memberi pengajaran kepada isteri namun dia tetap bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan keamanan isteri. Hal ini disebut di dalam firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 19:

”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Dalam hal ini jika suami gagal berkomunikasi dengan baik terhadap isteri hingga membawa kepada masalah yang besar, isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hak tersebut. Jika suami enggan berubah isteri boleh meminta bantuan daripada orang tengah untuk menasihati suami agar tidak berkasar dengan isteri. Jika tidak berhasil isteri dapat mengadukan masalahnya ke mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya agar tidak mengulangi kekasarannya terhadap isteri.
Salam . Mama Leia

Saturday, October 1, 2011

Marriage is something to give and take.

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami. Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, di mana suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya.

Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya.

Islam telah menetapkan para suami bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangganya dan memenuhi hak-hak isterinya dan memerintahkan supaya mereka berlaku baik terhadap isteri mereka sesuai dengan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu, apabila hak-hak isteri tidak ditunaikan dengan baik oleh suami sedangkan ia menyedari dan mampu melaksanakan hak-hak tersebut, maka dia telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya, juga menderhakai isterinya.

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim).

Salam . Mama Leia
 

Sunday, September 18, 2011

Love letter.

Dear Papa, 

      This time I realise that I've been falling in love, from the deepest of my heart, I do love you so much. My love is not an ordinary love when it belongs to you, and it's you who stay with me for the whole of my life. 

-Mama.




Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Monday, September 12, 2011

Word of the day.

P E N A T !

Haih. asyik busy je skrg kat office. Nak upload picture raya pun xdone. Tapi xpe ar,  tu semua rezeki. kita patut bersyukur. Alhamdulillah. Nanti InsyaAllah bila free nanti upload ar picture raya and holiday melaka sekali. Hehe.

Tapi cian baby Leia. Mama busy, Leia pun selalu xsihat. Haih. Mama doakan Leia cepat sempuh dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Amin.

i love you darling Leia Myeisha! sob sob sob.


Salam . Mama Leia

Wednesday, September 7, 2011

Salam lebaran 1432H bersamaan 2011 masihi.

Salam lebaran 1432H buat semua umat islam didunia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana masih dapat meraikan syawal lagi pada tahun ini. Tahun ni lebaran Mama lain special sikit sebab Mama ada Leia. Alhamdulillah. :)

Disebabkan terlalu busy dengan raya, holiday and sekarang kerja yg banyak kat office, tak sempat nak update blog tuk ucapan salam lebaran. hehe. Jadi sini Mama ingin mengucapkan Salam Lebaran 1432H buat Papa, Leia, family kita dan semua umat Islam. Semoga kita bertemu lagi pada lebaran-lebaran yg mendatang. Amin. :)

1 syawal 1432H | Suhaizam's family.

p/s : Later if ada masa lagi Mama will update pictures raya kita satu family dengan pictures holiday raya Leia yg pertama ok. :)

Salam . Mama Leia

Tuesday, August 16, 2011

Tergeram pulak dah.

"Don't talk about others, look at yourself first." -Ida S.

A bit entry for today, i just don't like people that always talk behind, especially in blog. life is simple. Don't like, DON'T SEE,  Don't like, DON'T HEAR,  Don't like, DON'T READ! Nobody is perfect, mind your own business please. TQ. 

Peace. :)

***Mama emo. ;p

Salam . Mama Leia

Monday, August 8, 2011

Hari lahir Mama.

Alhamdulillah, 2 ogos 2011 lepas Mama dah masuk 25tahun. Syukur diatas segala limpah kurnia Allah SWT selama suku abad hidup ni. Macam2 pengalaman diharungi da sekarang segalanya dikongsi bersama Leia Myeisha dan Papa tersayang. Pinta Mama dihari lahir kali ni cuma satu. Semoga keluarga kita sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dilindungiNya. Amin. :)

Doa sempena hari kelahiran:

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Dengan penuh rasa kesyukuran, kami berhimpun pada pagi ini, untuk meraikan sambutan hari lahir …………………………. , sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya maka kami memohon kepadaMu agar Engkau panjangkanlah umurnya dalam rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat.

Ya Allah Ya Sami‟u Ya „Alim,
Kami menitipkan doa ini, dengan bersungguh harap agar engkau kurniakan kepada saudara kami ini hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yang terpuji agar dengannya dapatlah dia menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabarannya tanpa goyah jatidiri.

Ya Allah Ya Karim,
Sejahterakanlah kehidupan saudara kami ini, bahagiakanlah dirinya agar kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama, bangsa dan negara. Amin Ya Rabbal Alamiin.

source: Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral

Salam . Mama Leia




 Birthday cake Mama from Papa. Iloveyou Papa. 4am after sahur 2ndaugust2011. :)

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al-mubarak.

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi tahun ni. Syukur. Ramadhan kali ni Mama & Papa jalani bersama Leia Myeisha. Dan ini merupakan tahun kedua Mama, Papa and Leia sambut Ramadhan sama-sama. tp last year Leia still dalam perut la. hehe. Tahun ni Leia dah bersama kami, InsyaAllah raya tahun ni lebih meriah dengan kehadiran Leia. Alhamdulillah. Semoga Ramadhan kita sekeluarga diberkati dan dirahmati Allah SWT, InsyaAllah. Amin. Salam Ramadhan buat semua umat Islam didunia. :)

jgn lupa baca doa puasa ye. :)

Salam . Mama Leia

Wednesday, July 20, 2011

Sunday, July 10, 2011

What's new?

Nak challenge diri tuk habiskan secepat yang mungkin. good luck Mama. hee.

Mama's favorite TV show, and now in novel. :)

Btw, today nak cerita. Leia hari ni macam dah paham je ape mama cakap. Tadi masa pergi Plaza Damas Leia nangis kuat-kuat, maybe sebab lapar kut (Leia skrg if lapar xboleh nak sabar. mesti nak nangis kuat2. haih.) lagipun since keluar pukul 3 tu Leia just breast feeded dalam kereta je. Then around 7pm nak balik tu yang dia lapar. Bila Papa dah buat susu Mama susukan Leia kat depan kedai Square Room tu, then Mama cakap la kat Leia, "Leia nangis2 tadi, Leia ingat Mama xnak bagi Leia susu ke?(kira cam marah Leia la time tu) then suddenly dia stop nyonyot terus nangis balik. hoho. kelam kabut Mama nak pujuk balik. haha. padan muka Mama. Pas pujuk baru Leia diam. Ngee. Macam tau2 je Mama marah ye? hee. Sorry Leia sayang. Mama xmarah Leia lg lain kali ye. hehe.

And one more thing, Alhamdulillah. masalah susah buang air besar Leia dah semakin ok akhir2 ni. Dulu Leia buang air besar seminggu sekali, macam2 dah buat, jumpe doc da. Mama makan pisang banyak2 pastu bf leia pun da, Leia berurut pun da tapi still same seminggu sekali gak. Tapi Alhamdulillah sekarg semakin kerap and now selang 2hr. Alhadulillah, harap makin lama, semakin ok. Amin. Syukur YaAllah. :)

p/s: Papa and Mama ada plan baru tuk masa depan kita. InsyaAllah, harap2 plan ni menjadi. Amin. ni plan jangka panjang. YaAllah, permudahkanlah urusan kami dan bantuilah kami melaksanakan impian kami ini. Amin. :)

Salam . Mama Leia

Sunday, July 3, 2011

Mama really need a new life. a changing.

what i need?

- don't waste the time.
- learn, learn and learn more.
- get close to Allah.
- happy.
- think positive.
- focus on work.
- calm.
- appreciate the time with family.
- relax.
- get off from people that make me unhappy.
- motivate myself with a good motivation quotes and do'a.
- don't talk to much and especially the empty talk and waste the time.
- love people in my surrounding.
- be nice to people and be rational.
- forget about the past.

InsyaAllah. Amin.

| Doa mohon ketenangan jiwa |

Bismillahirahmanirrahim. Allahumma innii as’aluka nafsan muth-ma-‘innatan, yu’minu biliqaa’ika, wa tardha bi qadhaa-‘ika, wa taqna-‘u bi’athaa’ika. 

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu jiwa yang tenang, beriman bertemu denganMu, redha terhadap segala ketentuanMu dan menerima sepenuhnya pemberianMu." Amin Yarabbalal-Amin.

Salam . Mama Leia

Monday, June 27, 2011

Mama & Papa first Anniversary.

Alhamdulillah, hari ni genap setahun perkahwinan Mama & Papa dan apa yang paling mengembirakan ulang tahun perkahwinan Mama & Papa disambut bersama Leia Myeisha. Syukur kepada Allah swt diatas segala limpahan rahmatNya ini. Semoga hubungan Mama & Papa berkekalan dunia & akhirat dan semoga keluarga kita akan sentiasa dirahmati oleh Allah swt. Amin.

Hari ulangtahun perkahwinan Mama & Papa disambut sama dengan hari ulang tahun kelahiran Papa yang ke28. Alhamdulillah Papa masih sihat dan gembira bersama kita dan Mama doakan semoga Papa berjaya dalam apa jua yang Papa lakukan, dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa bahagia bersama Mama, Leia dan keluarga kita. Amin.

Hari ulangtahun yang pertama ni jatuh hari isnin yang sepatutnya hari bekerja Mama & Papa tapi with unplanned programme Mama & Papa amek cuti buatan sendiri, hehe. Pagi td after mandikan and siap2kan Leia, Mama & Papa hantar Leia ke rumah Nanny pengasuh macam weekdays biasa. Then Mama & Papa amek peluang ni pergi uruskan Mykid Leia tapi malangnya Pejabat Pendaftaran Negara, Kota Damansara offlone pulak. Tak dapat nak amek Mykid Leia, So Papa decide amek esok je.

So, Plan Mama & Papa berubah untuk meraikan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. At first after pergi PPN tapi off line tu, Mama & Papa pun teruslah ke The Curve, disebabkan lame tak tengok movie, Mama & Papa tak melepaskan peluang yang ada ni untuk marathon movie. Bukan maksud Mama & Papa tak nak bawa Leia sekali tapi Mama & Papa memikirkan untuk kebaikan Leia yang masih kecil sound effect dalam panggung tak baik untuk baby kami terpaksa tinggalkan Leia, Tapi Leia jangan risau bila Leia dah besar, kita layan movie sama-sama ok sayang. Lepas marathon movie (KL Gengster - Green Lantern) Mama & Papa tak berlengah lagi terus amek Leia kat rumah Nanny untuk celebrate anniversary Mama & Papa and birthday Papa. Leia good girl tak tidur sebab nak celebrate sama Mama & Papa. Sayang Leia sangat2.  Kitorg celebrate kat Delicious. Mmg Mama & Papa da plan awal2 nak celebrate kat situ. food mmg super especially dessert dia, and staff pun best. siap manager dia cakap mase nak balik tu "nice stroller and cute your baby, tq.". hehe. thumbs up to Delicious. :)

So ni lah aktiviti Mama & Papa untuk ulangtahun perkahwinan kami yang pertama. Even it simple tapi amat bermakna. Alhamdulillah. :)

p/s: what Mama get for this 1st year anniversary? hehe. An iPhone. tq2 Papa. I love you so much darling. Muah! :))

   
Mama & Papa dating marathon movie. :D
Celebrate 1st anniversary at Delicious | 270611

Mama with Leia. Leia mmg suka pandang Mama kan? hee. muah!
Papa with Leia. I love you both! :)
yummy drinks. Mine Death by chocolate ice and Papa's is Lychee ice tea.
Spicy seafood Spaghettini by Delicious.
Hainanese Chicken Chop by Delicious.
Nyum2. Death chocolate brownies by Delicious. Also as a cake for the anniversary. :)
Anniversary's present from Papa. huhu. I love you Papa. :)

Sunday, June 19, 2011

Hari bapa yang pertama bagi Papa.

The Father's day of this year 2011 is the first Father's day for Papa. So, Mama made some surprise note to Papa. Mama has leave it at Papa desk to surprise him. So, maybe tomorrow InsyaAllah we will celebrate together with Leia. Mama thank to Allah swt cause gave Mama this lovely family. To Papa, Mama doakan semoga sihat sentiasa, berjaya dalam apa jua yang Papa lakukan dan semoga keluarga kita sentiasa diberkati Allah swt. Amin. Thanks for everything Papa and Thanks cause always be a great father and husband to us. Leia and Mama always loves you, Papa-Suhaizam Mahmmud. Muah. :)

a Father's day note for Papa. :)

Saturday, June 18, 2011

Pe'el Leia Myeisha sekarang.

Hari ni Leia buat perangai baru die, hari ni Leia nangis-nangis ek~ek~ek~(buat-buat) tetiba pastu bila tak layan Leia nangis bersungguh-sungguh pulak. Pastu cepat-cepat ar Mama & Papa buat susu. Bila dah buat susu boleh pulak Leia nyot-nyot 2-3x pastu tertidur. haih. Anak Mama ni. Pastu bila dah tertidur tu boleh pulak senyum-senyum lagi. Haha. Comel. Ngengada ye? hee. Love u Leia. :)

p/s: hari ni Leia pakai rompers auntie Bai bagi, stripes color kuning. tomel-tomel. tq auntie Bai. :)

Leia with the yellow stripes romper, gift from auntie Bai. :)

Wednesday, June 15, 2011

Leia suka bebel & senyum-senyum.

Hari ni hantar Leia g rumah pengasuh dia asyik senyum-senyum je dalam kereta. Bila Mama & Papa agah je senyum. Huhu. Masuk rumah pengasuh pun nak senyum-senyum ngan pengasuh. Nenek pengasuh Leia pun suka agah-agah Leia sebab Leia suka senyum, pastu balik kerja ambil Leia td pun dia Leia senyum tengok Mama. Hehe. Pemurah senyuman anak Mama ni. Harap Leia bukan murah senyuman saja. Murah rezeki, murah bersedekah, murah budi bahasa dan sifat-sifat mahmudah yang lain juga. Amin. :)
Kelmarin kami g makan kat Garden, The curve. Mama & Papa ngah syok layan food kat situ. Leia pulak sebuk bebel sorang-sorang kat dalam Carseat dia tu. Huhu. Tomel-tomel betul. Hee. Mama love you Leia. :))


Tuesday, June 14, 2011

Leia - weekend - Papa's office.

On last Sunday. Mama, Papa & Leia went to many places. First sekali, kitorg g wedding kawan Mama kat Puchong, wedding uncle Firdaus (kawan Mama since Sekolah menengah). Congrats uncle! 

After g wedding, kitorg terus g cari Carseat Leia, susah betul nak cari, always sold out, since last week Mama & Papa dok cari. Dari Jusco IOI - Sunway Pyramid - One Utama. Semua pun dah sold out. So pencarian Carseat diteruskan last Sunday. Lepas g wedding, kitorg g Jusco IOI lg, mana tau ada stok baru. Tapi out of stock jugak. So, kitorg terus ke Mid valley Mega Mall tapi unfortunately tak ada jugak. Then, kitorg terus cari kat Jusco, Kepong Alhamdulillah ada tapi tinggal satu je. So apa lagi grab je apa yang ada. Actually Mama nak yang color merah tapi nak buat camana, nak dapat satu pun susah. Biru + grey pun ok. :)

Kitorg kena beli Carseat jugak that day sebabnya Leia kena ikut Papa g office, pengasuh Leia tak ada on Monday, ada hospital check up. So Papa said willing to take care of Leia okla. Alhamdulillah Papa memang pandai jaga Leia. Lagipun anak Mama & Papa ni tak banyak ragam. Alhamdulillah. hee. 

Btw, thanks to Papa. We Love You! :)

Leia with new Carseat. SCR 7, suit to her stroller SCR 6. | 120611




Leia at Papa's office. Bubum je. Good girl! :) | 130611



Thursday, May 26, 2011

Rezeki Leia.

Semalam Papa call dalam tengah hari bagitau satu berita gembira, our house loan approved! yeay! Alhamdulillah, mungkin ni yang orang cakap rezeki anak. Syukur pada Allah swt sangat. Terima Kasih Allah.

So, Leia. Ini hadiah Mama & Papa untuk Leia, masa depan keluarga kita dan InsyaAllah untuk adik-adik Leia nanti. Hehe. Our new house, own house. Syukur.

Nanti Leia dah besar Leia plan lah hidup Leia baik-baik ya. Bina masa depan yang cerah. Kumpullah aset dunia dan akhirat samarata ya sayang dan hidup mestilah diredhai Allah swt agar hidup sentiasa aman didunia dan juga diakhirat kelak, InsyaAllah. :)

Alhamdulillah.

Syukur sangat segalanya berjalan lancar. Leia Myeisha selamat dilahirkan 310311 jam 1128mlm di Putra Medical Center, Sg. Buloh. Alhamdulillah juga saya dah menghabiskan pantang selama 44hari dengan selamatnya dan last week on 210511 juga kenduri Akikah, Marhaban dan Cukur Jambul Leia dapat diadakan dengan sempurna. Leia pun dah botak. hehe. Syukur YaAllah, diatas segala pemberianmu ini. :)

Introducing LEIA MYEISHA BINTI SUHAIZAM. Buah hati mama & papa. :)

precious faces of mama & papa's sweetheart.


Kenangan terindah.

Teringat akan waktu kelahiran Leia kedunia. pada 310311. 1128 tgh malam. Melahirkan seorang cahaya mata yang sangat comel bagaikan bidadari yang mampu menghapus segala kesakitan ketika itu. Dan dengan kata sepakat Mama & Papa, kami namakan bidadari sulung itu Leia Myeisha. "Leia" adalah seorang puteri dalam movie kegemaran Papa dan "Myeisha" membawa erti restu dari Ilahi. Alhamdulillah.

Pada 310311, khamis. Ikut jadual memang ada follow up check up hari tu kat KKIA lagipun hari tu memang dah due date if ikut date scan. bedebar-debar tu tak de pun, tanda-tanda tu tak sure pulak. Sebab ada orang cakap akan pecah air ketuban ke, keluar darah ke, sakit yang amat sangat iaitu kontraksi pun tak de rasa cuma masa bangun pagi nak pergi kerja macam biasa tu just rasa sakit perut macam senggugut tu tapi sekejap-sekejap je. So pagi tu pergilah check up kat KKIA dulu, ikut appointment. Then bila misi kat KKIA check, dia cakap dah ada minor contraction so kena terus ke hospital tuk buat pemeriksaan dengan Doctor.

Dalam tengahari kami terus pergi ke Putra Medical Center jumpa Dr. Zarul. Doctor bersalin  Mama dan Dr. Zarul mintak Mama buat CTG tuk check denyutan jantung baby dan contraction. Lepas 25minit buat CTG, Dr. Zarul tengok report then terus suruh Mama admitted sebab contraction semakin tinggi dan kerap.

Lepas admiited dalam pukul 2 tu, Dr. Zarul check bukaan masih 2cm dan baby masih diatas tapi contraction makin terasa dan kerap. Dalam pukul 5 nurse datang dan suruh masukkan ubat baung air besar, tujuan supaya kalau nak bersalin najis tak keluar sekali masa push baby keluar., agaknya, hehe. Lepas masukkan ubat buang air besar tu, tak sampai 2minit terus pergi tandas. huhu. laju betul ubat tu.

Dalam pukul 8 malam, kontraksi semakin kuat, sakit die Allah saja yang tahu dan dalam masa tu sepupu Papa, Kak Betty datang melawat. Masa tu dah memang sakit betul tapi bukaan baru 2cm, teringat nurse yg buat CTG tu ckp. If contraction dah kuat tapi bukaan tak buka lg, maybe akan di operate. SubhanAllah, minta jauh, takut betul masa tu. So, Kak Betty pun ajar bila contraction datang, cuba push bagi baby cepat turun dan cepat bukaannya. So, Mama pun cubalah dan Kak Betty pun amek air selusuh yg kami ambil dari Darul Syifa' dulu then suruh Mama minum sikit yang lebih dia sapu kat perut. masa tu baru tahu, masa bila nak guna air selusuh tu. hehe.

Dalam pukul 1030malam tu Kak Betty dah pun balik dan Contraction makin kuat, sakit dan kerap. Masa tu dah tak tahan, minta Papa tolong panggilkan nurse tuk check apa yg patut. Nurse chech bukaan baru 3cm. aduhhh.... So, Mama teruskan dengan apa yang Kak Betty ajar, dalam masa sama, guard hospital minta Papa balik sebab waktu melawat dah habis, tapi Mama tengah sakit masa tu, Papa tak sampai hati try lengah-lengahkan masa. Dalam pukul1115 tgh malam macam tu, push punya push masa contraction tu tiba-tiba bunyi tuuupppp......air ketuban pecah. Panik Papa, terus panggil nurse, nurse pun panik sebab tadi bukaan baru 3cm. Doctor pun tak ada. Dah balik. Nurse try contact Dr. Zarul tapi tak dapat. Dalam masa sama, Mama dah hold baby dekat 3x dah. And nurse terus bawak pergi Labor Room tuk bersalin tapi Doctor tak sampai lagi. Dr. Zarul cannot reach mase tu, then nurse pun call Dr. Ratna. Back up Doctor Mama.

Alhamdulillah, bila Dr. Ratna sampai. Mama push 2x baby pun keluar secara normal dan lahirlah Leia Myeisha kedunia pada jam 1128 malam pada 310311. Syukur yang teramat sangat sehingga Mama dan Papa, sejurus lahir je Leia kami tak putus-putus menyebut Alhamdulillah..Alhamdulillah sambil melihat Leia yang ditunjukkan oleh Dr. Ratna selepas kelahirannya. Saat itu sangatlah indah. :)

Leia Myeisha sebaik dilahirkan.

Anak mama menangis melihat dunia.
Jangan takut ya sayang.
Mama & Papa akan sedaya upaya melindungi Leia walau apa pun terjadi.

Selapas tengok Leia, Mama dipengsankan untuk jahitan dan sedar-sedar Mama dah kat wad semula. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Papa tunggu sampai Mama sedar, sementara tu dia dah iqamah kan Leia. Alhamdulillah. Lepas Mama sedar Papa pun balik dan akan datang balik esoknya. Dalam pukul 145pagi tu, nurse bawakan Leia untuk disusukan oleh Mama. Alhamdulillah itu lah kali pertamanya Mama menyusukan Leia.terharu tengok Leia kat pangkuan Mama dan masa tu baru menyedari, macam tak percaya Mama dah menjadi seorang ibu kepada seorang bayi yang sangat comel. Kalau satu hari nanti Leia terbaca entry Mama ni, Mama nak Leia tau yang Mama dan Papa sangat sayangkan Leia dan Leia bayangkanlah betapa sukarnya bagi seorang ibu untuk melahirkan seorang insan kedunia ini. Jadi, Mama harap Leia jadilah seorang insan yang berguna, yang taat kepada Allah, Mama & Papa, agama dan bangsa. Jadilah seorang anak yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat ye anak Mama. Amin.

Mama susukan Leia buat kali pertama.

Leia Myeisha binti Suhaizam.

Tenang-tenang.

Alhamdulillah. Hari ni hari cuti berpantang yang ke 57. So, maksudnya Leia Myeisha pun da berusia 57 hari. Hari ni baru terasa tenang-tenang tuk update blog yang sekian lama xupdate ni. Masa berpantang memang tak done langsung nak berinternet. Facebook pun dapat buka sekejap-sekejap je. Berpantang mmg busy ye, siapa cakap boleh relax-relax. Memang tak dapat nak relax langsung, percayalah.

Hari ni rutin Leia macam hari-hari tak meragam dia la, tidur je. Seronok tengok Leia tidur, rasa nak peluk-peluk, cium-cium je tapi tak boleh. Baby kena rehat banyak-banyak lagipun if Leia bangun, alamatnya xbuat kerjalah. huhu. Ni Leia tidur boleh lah nak update blog kejap. :)

anak mama botak tomel tontel tengah tidur. :)
260511 | 57days.



Saturday, February 19, 2011

Sunny day weekend.

Hari ni cuaca cerah, rumah pun Papa dah tolong kemas, sapu, mop sebab Mama dah tak larat nak buat kerja berat dah. Syok je rasa, tapi Mama ada tolong sikit-sikit jugak. Hee. Sekarang tengah relax-relax sambil teman Papa tengok tv and Mama update blog kat living. Jap lagi nak pergi kenduri kahwin Ana Sofea, officemate Mama. Dekat dewan Komuniti Pusat Damansara, Syoknya nak pergi makan nasi minyak and tengok pengantin. Hee. Ni je lah aktiviti hari ni. lepas pergi kenduri tak tahu lagi nak kemana, if larat jalan-jalan kejap lah kut, Hee.

Mama & Papa tukar Handphone.

Cuti Maulidur Rasul hari tu, Papa dan Mama pergi jalan-jalan kat Garden, midvalley.  Tak larat pun boleh pergi jalan-jalan ni. hehe. bawak baby pergi jalan-jalan jugak. Orang cakap, nak dekat bersalin kena banyak berjalan. Betul ke? Entahlah. Huhu. Then kami singgahlah kat Maxis Center nak bayar bil and broadband lah konon pastu sementara tunggu turn tengok-tengoklah handphone kat Maxis Center tu dulu. So, memandangkan Sony Ericson G900i kami dah buat hal, which is Mama punya dah kena langgar dengan kereta last year, akibat dari gaduh ngan Papa masa birthday Mama last year lah ni. Ops! hehe. System handphone tu dah bengong sikit and suddently last week handphone G900i Papa pulak buat hal kat touch screen dia yang sometimes berfungsi and sometimes tak tu menyukarkan lagi keadaan sebab susah nak pick up call. So, kami buat keputusan nak servey handphone mengikut bajet lah.

Then tengok-tengoklah package Maxis. Memandangkan kami punya bil handphone Maxis monthly pun sometimes mencecah RM 200-300, So, kami decide untuk "jump" plan yang provide Data services sekali.  Boleh beli handphone mahal dengan harga murah sikit. Hee, 

At first ingat dah alang-alang nak angkat iPhone je tapi bila dah bincang-bincang dengan staf Maxis tu tiba-tiba dia masuk dalam check stock dah tak ada. Aiyaa. Then usha pulak lah BlackBerry. Kami stay dengan just subscribe mainline and lagi 1 subline like before. So tak kacau plan. So, dah tengok-tengok tu Mama pun decide ambil BlackBerry Bold 9700. Cantik juga, I like and then kami pergi servey handphone kat kedai Sony Ericson, Samsung and Nokia. Dekat-dekat situ je. Then dah tengok-tengok tu, Papa pun berkenan nak ambil Nokia C5-03 Ovi. Cantik, ringan. Nanti tengok picture ya.

So, Selamat tinggal Sony Ericson G900i (2009-2011) and Welcome BlackBerry Bold 9700 + Nokia C5-03 Ovi!

Yeay! Mama dapat BlackBerry! :D

bye-bye G900i.

welcome BlackBerry Bold and Nokia C5-03 Ovi.




Wednesday, February 16, 2011

Durian oh durian!

Semalam balik kinrara ternampak ade gerai tepi jalan jual durian, memang dah lama lah nak makan durian..belilah satu biji je share dengan Papa. Memang puas hati lah makan semalam, sedap betul durian tu. Adalah dalam 10ulas Mama makan, ingat tak banyak tu pastu alih-alih lepas tidur tu dalam 4 am tu perut Mama memulas-mulas and mengeras. Aduh, ni mesti sebab durian ni. Tapi ok lagi.

Then pergi lah kerja macam biasa pagi tadi. Tapi badan dah rasa tak selesa. Panas semacam and angin je. Then cerita lah kat kak yana and kak nor. Aduhai, keluar pulak cerita tak sedap ni pasal makan durian masa pregnant. Tapi dah makan nak buat macamana, tawakal je lah. Ni semua akibat mengidam yang bukan-bukan lah ni. Huishh, if boleh undurkan masa, memang makan seulas je lah tapi macam mustahil pun ada. Hopefully tak ada apa-apa berlakulah.

Pastu balik dari kerja tu, badan dah memang panas. Mama dah demam. Nasib baik Papa baik hati tolong jaga Mama. huhu. Papa dengan baik hatinya tolong lap badan Mama, letak kain basah kat kepala Mama siap check suhu pakai ear thermometer baby lagi. hehe.  I love you Papa & Thank you for everything. :)

p/s: Sorry ye baby, Mama teringin. Mama janji tak buat lagi. Mama control makan ye pasni. :(

Inilah durian yang mengiurkan, tinggal kulit je sebab sedap sangat lupe nak snap picture. Hehe..tapi Awas! ia telah memudaratkan.

Ingat ye ibu-ibu mengandung, durian memang sedap tapi tak boleh makan banyak. Saya pun belajar dari pengalaman. Sekarang dah percaya dah. Huhu.

Sunday, February 13, 2011

Pagi kenangan dan senyuman.

Hari jumaat hari tu Mama tergerak hati nak bawa External HD ke office, saja je lah nak tengok-tengok External HD tu ok lagi ke tak sebab dah lama betul tak buka kot. Lagipun kerja office tak banyak minggu ni, saja nak buang masa sikit. Hehe.

Settle lah tengok every folder yang ada kat dalam External HD tu, then jumpalah album "kawen-kawen" kat dalam tu. Start lah tersenyum sorang-sorang sambil tengok album tu, nasib baik orang tak cakap buang tebiat. Hehe. Rindu pula masa buat persiapan wedding dulu. Even preparation wedding tu dalam masa yang singkat tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

So, rasanya macam nak share sikitlah a few pictures dari album tu. Nak buat kenangan, mana tahu anak-anak boleh view ke satu hari nanti. Bolehlah mereka tengok Mama and Papa mereka kahwin macamana. Hehe.

Wednesday, February 9, 2011

Hari bekerja selepas cuti.

Today firstday kerja after cuti panjang CNY, on the way to the office macam biasa tapi tak jammed just geram dengan orang-orang yang suke drive "lalala......" di pagi hari, I just wonder mereka ni nak pergi kerja ke nak pergi bersiar-siar. Tapi tak apalah janji tak lambat sampai office, just pity with Papa selalu datang lambat sebab our office hour sama, masuk 900am. Mama pun sampai ngam-ngam, Papa tak payah cakaplah, confirm lambat. Sorry, hehe.

Today at office macam biasa saja, buat kerja yang tak berapa nak ada tu and sometimes i feels like kerja dengan government pula. huhu. Kerja tak banyak tapi Alhamdulillah, no pressure at work. So do at home. hee.

Baby today macam biasa, gerak systematically, Alhamdulillah. Siap boleh main-main lagi dengan Mama ya?hehe. Tapi hari ni badan sakit-sakit sikit, biasalah badan dah berat, tak sabar rasanya nak tunggu baby keluar. Boleh main betul-betul pastu lebih cergas nak buat kerja. Tapi tak apa, Mama boleh sabar, janji baby sihat okay.

So, that's all for today. Life goes as usual. But more happier and more cheerful wait for blissful moment to meet my cute baby arrive to our world. Love you sayang Mama.

Tuesday, February 8, 2011

Mama rajin bila cuti.

Bila cuti Mama memang rajin nak bangun awal pagi, bila kerja punyalah liat nak bangun pagi (psycho betul). hee. Bangun pagi ni seperti biasa melepak kejap baru start buat kerja. Hari ni lastday cuti CNY, esok dah start kerja balik. Macam-macam dalam kepala ni nak buat. Tapi takut rindu rumah pula bila dah cuti lama-lama ni. Huhu.

Mama ingat today nak start buat kraf, barang dah ada. Tak sabar nak test. Woohoo!

Ok, sekarang jom start with mendobi baju. Cuaca cerah ni. Nice. Jom! Jom!

Monday, February 7, 2011

CNY holiday, first day of littleleia.blogspot.com and check up day.

Today bangun lambat nak pergi check up at kkia (klinik kesihatan ibu dan anak), segambut. Patutnya appointment 0800am tapi bangun pun 0830am. hee. Papa pun sama. Office Mama still cuti CNY.

Sampai at kkia around 0850am. Dah ramai dah. So, kena take turn lah. Today yang buat check up nurse pelatih from Mahsa College. At first rasa it's ok, maybe they know what they do. Then bila sampai  turn nak check tekanan darah, berat and so on. Huishhh, punya lah ramai nak buat, sampai 5orang kat kaunter tu. huhu. (it's ok, kasi chance la). Tapi what's the funny is, ada preggy women tu kena check hb (cucuk kat jari, amek darah ckit). Those pelatih tu dah ambil darah that women then bole pula dia tak tahu  nak buat apa then they ask the senior. The senior said darah tak cukup ni. Then boleh pula they ask that women tu tekan jari lagi sekali untuk ambil darah lagi sekali. huhu. suka-suka je.

Around 10am turn Mama untuk check perut dalam bilik dipanggil, nasib baik yang check  tu ketua nurse. So, lega ckit lah. Time check perut tu nurse dah suruh buat kiraan gerakan baby Mama ni. So, start hari ni kene alert la gerakan baby. Mama suka sebab baby Mama suka gerak-gerak. hee. Dan Alhamdulillah untill 0900pm tadi baby Mama ada gerak 10kali.

So, today selain pergi check up Mama just stay at home, berkemas, mendobi barang-barang baby and also setup blog baru ni. blog ni just nak story about my life, my lovely family and especially its for my little baby yang akan melihat dunia tak lama lagi, InsyaAllah. Hope dia akan baca satu hari nanti. Mama love you, sayang.