Thursday, April 18, 2013

Politik dan facebook

I hate the most if it is about isu aib mengaibkan nih. It was remind me to someone yang pernah mengaibkan myself. I hate it! And my answer is simple...... Jawablah korang kat akhirat nanti. Nauzubillah.

Hmm, Ok, this entry is actually about the political issue in our country skrg ni and the election is around the corner, on 5th of may 2013. Right now ramai pulak yang taksub macamana tah ngan politic and suka share mcm2 kat facebook. Most annoying part is when they like to aib kan each other. Dgn video lucah la apa la.....pictures editing la. MashaAllah. Mengucap pepanjang.

I will not touch about the political issue, I'm not one of the voters either. But actually i wish to be a voter, next penggal maybe, inshaaAllah.

Ok, about the aib and penyebaran info2 ni.....x baik kita menyebarkan berita tentang orang lain yang kita tak pasti kesahihannya, lagi2 pasal aib2 kan orang.

Allah swt berfirman ;

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]

Maksud ayat tersebut, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman berjalan mengikut desas-desus. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita yang disampaikan itu benar, dan juga tidak semua berita yang diucapkan itu sesuai dengan fakta. musuh-musuh sentiasa mengambil kesempatan mengenakan kita. Maka wajib lah untuk kita selalu waspada, hingga kita mengetahui orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar. WaAllahualam.
*source; google

Jadi, jagalah mulut jagalah hati jagalah jiwa dan jagalah anggota. Jangan mengata orang, jangan mengaibkan orang, tak kisah awak dah mintak maaf sekali pun kat orang tu,  sekali dah jadi belum tentu akan terpadam peristiwa itu. Jadi jangan buat sesuatu yang boleh membuatkan kamu menyesal suatu hari nanti.

Dan pepatah orang tua2...

Telajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Byk kerosakan akan berlaku disebabkan mulut dan berita2 pengaiban ni. Waspadalah ketika berkata-kata. Mulut mmg sedap bercakap, tangan mmg sedap menaip tapi awaslah, jangan tambahkan saham dosa di akhirat kelak. Nauzubillah.

Pesan Mama: Ingatlah wahai anakku, jangan sesekali  menyakitkan hati orang kerana sekiranya kamu dah mohon maaf pun belum tentu kesannya akan hilang dan biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang.

And kalau ada diantara kawan2 kita yang pernah buat macam tu, baiklah avoid dari orang tu sebelum macam2 lagi jadi. Mencegah lagi baik dari mengubati.

Moga anak Mama jadi insan berguna dunia akhirat dan yang boleh dicontohi oleh orang lain. Aamiin Ya Rabbal Al - Aamiin......

As always, Mama loves you! :)