Thursday, May 26, 2011

Kenangan terindah.

Teringat akan waktu kelahiran Leia kedunia. pada 310311. 1128 tgh malam. Melahirkan seorang cahaya mata yang sangat comel bagaikan bidadari yang mampu menghapus segala kesakitan ketika itu. Dan dengan kata sepakat Mama & Papa, kami namakan bidadari sulung itu Leia Myeisha. "Leia" adalah seorang puteri dalam movie kegemaran Papa dan "Myeisha" membawa erti restu dari Ilahi. Alhamdulillah.

Pada 310311, khamis. Ikut jadual memang ada follow up check up hari tu kat KKIA lagipun hari tu memang dah due date if ikut date scan. bedebar-debar tu tak de pun, tanda-tanda tu tak sure pulak. Sebab ada orang cakap akan pecah air ketuban ke, keluar darah ke, sakit yang amat sangat iaitu kontraksi pun tak de rasa cuma masa bangun pagi nak pergi kerja macam biasa tu just rasa sakit perut macam senggugut tu tapi sekejap-sekejap je. So pagi tu pergilah check up kat KKIA dulu, ikut appointment. Then bila misi kat KKIA check, dia cakap dah ada minor contraction so kena terus ke hospital tuk buat pemeriksaan dengan Doctor.

Dalam tengahari kami terus pergi ke Putra Medical Center jumpa Dr. Zarul. Doctor bersalin  Mama dan Dr. Zarul mintak Mama buat CTG tuk check denyutan jantung baby dan contraction. Lepas 25minit buat CTG, Dr. Zarul tengok report then terus suruh Mama admitted sebab contraction semakin tinggi dan kerap.

Lepas admiited dalam pukul 2 tu, Dr. Zarul check bukaan masih 2cm dan baby masih diatas tapi contraction makin terasa dan kerap. Dalam pukul 5 nurse datang dan suruh masukkan ubat baung air besar, tujuan supaya kalau nak bersalin najis tak keluar sekali masa push baby keluar., agaknya, hehe. Lepas masukkan ubat buang air besar tu, tak sampai 2minit terus pergi tandas. huhu. laju betul ubat tu.

Dalam pukul 8 malam, kontraksi semakin kuat, sakit die Allah saja yang tahu dan dalam masa tu sepupu Papa, Kak Betty datang melawat. Masa tu dah memang sakit betul tapi bukaan baru 2cm, teringat nurse yg buat CTG tu ckp. If contraction dah kuat tapi bukaan tak buka lg, maybe akan di operate. SubhanAllah, minta jauh, takut betul masa tu. So, Kak Betty pun ajar bila contraction datang, cuba push bagi baby cepat turun dan cepat bukaannya. So, Mama pun cubalah dan Kak Betty pun amek air selusuh yg kami ambil dari Darul Syifa' dulu then suruh Mama minum sikit yang lebih dia sapu kat perut. masa tu baru tahu, masa bila nak guna air selusuh tu. hehe.

Dalam pukul 1030malam tu Kak Betty dah pun balik dan Contraction makin kuat, sakit dan kerap. Masa tu dah tak tahan, minta Papa tolong panggilkan nurse tuk check apa yg patut. Nurse chech bukaan baru 3cm. aduhhh.... So, Mama teruskan dengan apa yang Kak Betty ajar, dalam masa sama, guard hospital minta Papa balik sebab waktu melawat dah habis, tapi Mama tengah sakit masa tu, Papa tak sampai hati try lengah-lengahkan masa. Dalam pukul1115 tgh malam macam tu, push punya push masa contraction tu tiba-tiba bunyi tuuupppp......air ketuban pecah. Panik Papa, terus panggil nurse, nurse pun panik sebab tadi bukaan baru 3cm. Doctor pun tak ada. Dah balik. Nurse try contact Dr. Zarul tapi tak dapat. Dalam masa sama, Mama dah hold baby dekat 3x dah. And nurse terus bawak pergi Labor Room tuk bersalin tapi Doctor tak sampai lagi. Dr. Zarul cannot reach mase tu, then nurse pun call Dr. Ratna. Back up Doctor Mama.

Alhamdulillah, bila Dr. Ratna sampai. Mama push 2x baby pun keluar secara normal dan lahirlah Leia Myeisha kedunia pada jam 1128 malam pada 310311. Syukur yang teramat sangat sehingga Mama dan Papa, sejurus lahir je Leia kami tak putus-putus menyebut Alhamdulillah..Alhamdulillah sambil melihat Leia yang ditunjukkan oleh Dr. Ratna selepas kelahirannya. Saat itu sangatlah indah. :)

Leia Myeisha sebaik dilahirkan.

Anak mama menangis melihat dunia.
Jangan takut ya sayang.
Mama & Papa akan sedaya upaya melindungi Leia walau apa pun terjadi.

Selapas tengok Leia, Mama dipengsankan untuk jahitan dan sedar-sedar Mama dah kat wad semula. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Papa tunggu sampai Mama sedar, sementara tu dia dah iqamah kan Leia. Alhamdulillah. Lepas Mama sedar Papa pun balik dan akan datang balik esoknya. Dalam pukul 145pagi tu, nurse bawakan Leia untuk disusukan oleh Mama. Alhamdulillah itu lah kali pertamanya Mama menyusukan Leia.terharu tengok Leia kat pangkuan Mama dan masa tu baru menyedari, macam tak percaya Mama dah menjadi seorang ibu kepada seorang bayi yang sangat comel. Kalau satu hari nanti Leia terbaca entry Mama ni, Mama nak Leia tau yang Mama dan Papa sangat sayangkan Leia dan Leia bayangkanlah betapa sukarnya bagi seorang ibu untuk melahirkan seorang insan kedunia ini. Jadi, Mama harap Leia jadilah seorang insan yang berguna, yang taat kepada Allah, Mama & Papa, agama dan bangsa. Jadilah seorang anak yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat ye anak Mama. Amin.

Mama susukan Leia buat kali pertama.

Leia Myeisha binti Suhaizam.

No comments: