Friday, August 3, 2012

August 2012 - Alhamdulillah

Salam,

Syukur kehadrat ilahi, Mama kini sudah menjengah usia 26tahun. Syukur dengan segala limpah kurnia dari Allah swt. Segala suka duka pahit manis yang telah dilalui. Ku panjatkan kesyukuran atas segalanya.

Semalam 2 ogos 2012, hari jadi Mama and it was normal like usual. A wish from Papa, a gift 'special and different gift' from Papa. Thank you Papa. I know you loves me. *touched* :')

Semalam juga, we had our iftar at Royale Bintang Hotel, the curve. Treat by one of GDP supplier (versalink). Thank you for the treat and invitation. Rezeki jangan ditolak, Alhamdulillah. :)

Today pula, iftar at KLGCC with Fizz asso. , Papa's office treat. Alhamdulillah. But iftar td xberapa berjalan lancar sbb Leia xselesa. So have to leave early. Cian Leia meragam. Jarang anak Mama ni meragam. I have no idea why. Then, masuk kereta Papa umpan dgn kids song in iPhone terus terlena. Mengantuk kot. Huhu.

And today also, we so grateful cause we already bought barang-barang sumbangan for Pusat Jagaan OKU Nur. Alhamdulillah juga Mama dah beli beras untuk melangsaikan fidyah Mama. Lega rasanya. Syukur. InsyaAllah esok pagi akan ke Pusat Jagaan OKU Nur dulu untuk menghantar barangan derma, lepas tu akan ke charity event Papa pulak. Moga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin.
So, kebetulan ada tulis pasal fidyah rasa nak share sikit ilmu pasal fidyah ni. Cara bayaran fidyah: 

Kadar fidyah dikira berdasarkan harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak bagi satu hari puasa yang ditinggalkan. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan sesuatu tempat. Harga fidyah di Selangor 2012 adalah RM1.75.  -sumber ihsan Lembaga Zakat Selangor - fidyah.

Atau contoh cara lain pengiraannya: RM27 (harga bg 10kg beras) / 10000 gram (10kg ke gram) x 657 gram (bersamaan 1cupak beras) = RM1.75 secupak

RM1.75 x 7 hari tinggal puasa = RM12.25 (jumlah fidyah bagi 7hari puasa yang ditinggalkan bagi tahun sebelumnya) 
Dan sekiranya tidak sempat menggantikan puasa yang ditinggalkan pada tahun sebelumnya sehingga menjelang ramadhan tahun kedua berikutnya. Fidyah haruslah digandakan mengikut tahun yang tertinggal. Contohnya jika puasa yang ditinggalkan pada tahun 2010 tetapi diganti pada 2012, maka fidyah hendaklah digandakan kepada 2. Begitu juga untuk tahun2 yang berikutnya. Untuk keterangan lanjut bolehlah merujuk pada mana2 pihak yang lebih arif, InsyaAllah.

Moga dapat dimanfaatkan ilmu itu. :)

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Thursday, August 2, 2012

Booth at PASARAYA organized by SWFB(M)

Salam,

Ada another story yang terlupa pulak nak cerita, hee. This is another thing that i've been busy today, Papa's event for SWFB(M). Papa get one booth at Pasaraya, Ampang (Pasaraya is actually a kind of bazaar for art people like Bijou Bazaar, Pasaraya is a name for the bazaar). This is a charity event too. This event is on the same date with our amal project to Pusat jagaan OKU Nur tu. that's why kelam kabut sikit sekarang ni,i've to help both event cause these event is under my closest people in my life. GDP colleagues and husband! Huhu. Hopefully everything went well. Amin.

So, Mama will update this two event after the visits ok. Now, xde story sangat cause belum sampai lagi. Hehe. Hopefully semuanya berjalan lancar. The planned is Mama + Papa and ofcourse Leia too will be at pusat jagaan OKU Nur at 10am this 4th august then on the afternoon we will be at Pasaraya SWFB(M) booth. Phew!! It will be a fantastic weekend to help peoples that needs. Huhu. But Mama rasa, we will enjoy it. InsyaAllah. :D

Okla, contunue later after a visits to this two places ok. InsyaAllah. :)

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Wednesday, August 1, 2012

Pusat Jagaan OKU Nur, Titiwangsa

Salam,

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kita masih bernafas dan sihat wal-afiat hari ni. Hari ni Mama busy sangat kat office, busy dengan project TNB - tapi ni biasa, dah hari-hari hadap. Huhu. Tapi hari ni extra busy sebab busy manage satu project amal yang diorganize oleh Mama and my colleagues. Project amal sempana bulan Ramadhan and untuk melangsaikan fidyah yang tertunggak, InsyaAllah. Project amal ni actually ilham dari one of my colleague, Kak ann yang tersentuh dengan satu album lawatan her friend kat Pusat Jagaan OKU Nur in Facebook. Then, she told me to help them with some of kerja amal. Then after a few discussion we have decided to gather semua kawan-kawan yang berhajat nak membantu jugak, disamping boleh membayar fidyah. This project is really interesting to me and i am also has invited Papa's Star Wars Club (Star Wars Fanboys (M) / SWFB(M)) to join us. Untuk meramaikan bilangan penderma, InsyaAllah. And setakat ni, sambutan amatlah menggalakkan eventho from non-muslim friends. Alhamdulillah. :)

Actually, as i know this Pusat Jagaan OKU Nur ni adalah sebuah pusat jagaan bagi orang kurang upaya yang terdiri daripada pelbagai usia and from the album that Kak ann shows to me, most of them adalah warga emas yang kurang upaya. Sangat tersentuh bila tengok all those pictures, ni belum lagi bila dah sampai kat sana. Mama kat sini just boleh mendoakan agar lebih ramai pihak dapat membantu orang yang memerlukan macam mereka ni. Ni sebab jika kita mampu haruslah kita berkongsi pada yang memerlukan kerana mungkin hari ni hari mereka, esok lusa kita tak tahu, SubhanAllah. And lastly, before i continue with new episode of this story. My hope is this project will be success dan dipermudahkan oleh Allah swt hendaknya.

Tak sabar nak tengok dan berbual dengan saudara2 di Pusat Jagaan OKU Nur tu nanti, Moga Allah merahmati apa yang ingin kami lakukan ini. Amin.

For anak Mama, especially my eldest daughter - Leia Myeisha. Ingatlah wahai sayang, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Hari ini kita bantu orang yang susah, InsyaAllah esok lusa Allah akan permudahkan jalan hidup kita dan merahmati segala apa yang kita usahakan. Amin. :)

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Friday, July 27, 2012

Another of Leia

Salam,

Tersenyum Mama bila teringatkan pasal semalam. Hee. Awatnya semalam? Hehe. Semalam Mama tgk program Semanis Kurma kat tv 9 tu. And the tetamu jemputan dia nama Leia Zahraa. Sedap betul nama tu. If x, dulu Mama nak namakan Leia dgn nama Zahraa Sofea tau tapi xjadi. Masa tu byk betul short listed nama Mama buat. Hikhik. Tp what a surprise, Myeisha actually not in the listed langsung. Huhu. Maybe dah takdir nak letak nama Leia Myeisha kan, short listed yang panjang2 tu semua tak ambik. Ambik yang ternampak kat internet and terberkenan last minute tu jugak pulak. Hehe. Haa, another of Leia tu means, Semalam Mama cakap lah kat Papa, "sedapkan nama tetamu jemputan Semanis Kurma ni, Pa?" Leia Zahraa. Macam Leia Myeisha. Hehe. Pastu ngan selamber Papa cakap, nanti nama adik Leia, tu lah. Haha. Terkesima Mama cause the answer so unexpected. Miahaha. Ape lah Papa ni. lucu pulak rasa. Hehe. So, thats the another of Leia. Hehe. Tapi tetibe Mama pun terfikir benda sama. ;p

Tapi relax dulu, not now. :)

I loves you lah Papa and Leia! Mucho! Only Allah knows. :')

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Sunday, July 22, 2012

2nd of Ramadhan

Salam,

Alhamdulillah, dah masuk hari kedua Ramadhan. Ramadhan kali rasa mencabar sikit sbb Leia dah makan. Hee. Apo la Mama nih. Yela, masa tak puasa dulu apa Leia mamam, Mama ngap sekali. Huhu.

Semalam 1st day puasa balik kampung belah Papa. Kuala Kubu Bharu. Syok buka puasa, solat and terawih reramai. Alhamdulillah. And semalam time tengahari on the way balik kampung tu, tapau McD for Leia. Alahai, McD pun nampak macam chicken chop dah semalam. Hikhik. Then suap Leia sambil ingat puasa. Ingat puasa. Haha. Pastu Papa singgah tesco (rawang), Mama and Leia stay dalam kereta. Tak tau kenapa Mama sleepy sgt and fall asleep. Pastu tersedar bila Leia dah suap fries dalam mulut Mama. Haha. Seb baik even tertidur pun sedar cakap. " no, no, Mama fasting". Huhu. If tak ingat puasa tuh. Kira rezekilah (bak kata Papa). ;p

But most of it, i feel so blessed to have a such lovely daughter, husband and family. Kelakar and happening. Alhamdulillah. :) Puasa kali ni diharapkan kami sekeluarga mendapat keberkatan dari Ilahi dan ibadah kami diterima dan dirahmati. Amin.

Btw, even baru 2nd of Ramadhan tapi tak sabar nak shopping Raya for Leia coz this year Leia dah pandai jalan and Amin (salam) everyone. Cute! Sbb bila dia nak salam orang tu, Leia hulur tangan sambil genggam buka - genggam buka. Pastu dok tengok je tangan orang tuh sampai salam. Hehe.

Hopefully our Ramadhan will fulfill with barakah and amal. InsyaAllah. Salam Ramadhan to All Muslims. :)

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 1433H

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di Ramadhan yang mulia 1433H ini. Moga Ramadhan kali ini memberi seribu makna dan keberkatan buat kita semua. Amin. Selamat menjalani ibadah puasa buat seluruh umat islam di dunia. Moga amalan kita mendapat keberkatan dariNya dan moga kita semua sentiasa dibawah lindunganNya. Amin.

Buat Leia Myeisha & Papa,

Selamat berpuasa sayangs Mama. Even Leia baru 1years old, Mama still nak wish juga. Hehe. Tak nak ketinggalan wish saat-saat bermakna untuk orang-orang yang bermakna dalam hidup Mama. Moga kita semua sentiasa dilimpahi rahmat dari Ilahi, InsyaAllah. Amin. :)

Raya tahun ni Mama and Papa dah beli kain sedondon, tapi tak done nak tempah lagi. Huhu. Next year lah jawabnya. Tapi tak apa, at least kain dah ada. Ye dak? :)
So, This year Syawal kita baju siap lagi la. Ngee.

Lastly, Salam Ramadhan buat semua. Jangan tidur lewat, nanti susah nak bangun sahur. Hehe. And jangan lupa niat. :D

P/s: Ucapan sambut Ramadhan tahun ni, copy yang last year juga. Ever green punya design from Mama, siap ada niat lagi. Hee.

Salam Ramadhan dari Suhaizam, Faridah & Leia Myeisha. Jangan lupa niat. :)

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Wednesday, July 18, 2012

PadaMu Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim. 

Ya Allah, Ya Tuhanku. Lindungilah aku dan keluargaku dari ancaman orang yang berperasaan dengki pada kami. Engkau jauhkanlah mereka dari hidup kami dan moga mereka menyedari diri dan patahkanlah segala yang dihajati oleh mereka tentang kami. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui dan maha berkuasa. Ku mohon perlindungan darimu Ya Allah. Amin Ya Rabb. 

Ya Allah, berikanlah aku petunjuk untuk menyelesaikan masalah ini. Amin. :'(