Saturday, November 26, 2011

In love with them.

My love, my soul, my life and my everything.
Suhaizam's family. :)

My super dupper cute adorable daughter. Leia Myeisha binti Suhaizam.
My sweetest daughter, Leia Myeisha binti Suhaizam. :)

My super cool kindness husband. Suhaizam bin Mahmmud.
Encik Suhaizam. :)

Love them both so mucho!!!! Only Allah knows. :*
Sayangsssss! :))
Leia | Mama | Papa :)

Salam . Mama Leia

Friday, November 25, 2011

My wish.

Today Mama and Leia has follow Papa to the meeting. Hehe. Sibuk je. But Mama so glad that Mama can follow and met one of the powerful women in Architecture industry. Owh, Ya Allah, I wish to be like them someday. InsyaAllah. Amin. Amin. That my wish. Hehe. Next time kita ikut Papa lg nak Leia? :D

P/s: btw, Leia bg hadiah pulak kat aunty tu punya office td. Huhu. Cian my daughter, sakit peyut ye? Hehe. For the auntie. Sorry la i was keeping the Leia's "present" at ur office for 3days without ur acknowledgement, since this monday is a public holiday for awal muharram kan. Huhu. Ampuuuunnnn. Ngee.

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Wednesday, November 16, 2011

Harapan.

Semalam mood Mama and Papa xberapa ok. Ni semua disebabkan kami terlalu stress memikirkan masalah kewangan kami yang sangat kritikal pada bulan ni. Bulan ni mmg amat memerlukan duit sbb bulan ni la kena bayar stamp duty lawyer tapi Alhamdulillah yang ni selesai sebab dapat diskaun and guna duit simpanan Mama sikit and Papa sikit. Yang jadi problem nye bulan ni juga roadtax kereta tamat tempoh. Tu yang kami pening memikirkannya. So, semalam dua2 balik rumah dalam keadaan badmood. Makan malam pun x. And Mama xberapa sihat, batuk sikit. Pastu nak layan perasaan punya pasal Mama pun baringla kat tilam depan tv sambil layan lagu kat iPad pakai earphone sampai tertidur. Then bila Papa pulak nak masuk tidur Mama sedar Papa tolong bukakan earphone and suruh Mama tidur betul2. Tapi bukan tu yang Mama harapkan. Apa yang Mama harapkan ialah Papa akan kejut Mama pujuk Mama and berbincang pasal masalah kami ni. Tapi semua tu tinggal harapan and at last pagi tu bangun Mama kejut Papa subuh, Mama prepared food Leia then ada masa sikit tu Mama peluk Papa and minta maaf pasal semalam. Menyedihkan betul. Walaupun Mama sepatutnya lega kami dah berbaik tapi menyedihkan sebab as usual Mama yang akan minta maaf dulu. Harapan la nak merasa Papa cium dahi Mama ke peluk Mama ke tuk ninta maaf. :(

Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia

Sunday, October 2, 2011

Like the old days.

what i'm feels now? Feeling sad and maybe so sad inside. :(

Like the old days, when i'm upset i will sing a song, a spirit song to me. like "i'm a big big girl, in a big big world. its not a big big thing, if u leave me. but i do do feel, that i do do will. miss u much, miss u much.......". :(

and another spirit song to me. "hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi. biar terjadi, hadapi dengan tenang jiwa. semua kan baik-baik saja. bila ketetapan tuhan, sudah ditetapkan tetaplah sudah. tak ada yang bisa merubah dan bisa berubah. relakanlah saja ini bahawa semua yang terbaik, terbaik untuk kita semua menyerlah untuk menang".

humm. let times heal it. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. WaAllahualam.

Salam . Mama Leia

Kisah Amirul mukminin Umar al-Khattab dan Isterinya.

Mari kita sama-sama renung-renungkan dan mengambil iktibar dari kisah ini.
Sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al-Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya. Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).

Terdapat juga suami yang melakukan kekasaran kepada isteri secara fizikal misalnya memukul isteri. Memukul isteri dibenarkan selama pukulan itu bersifat pengajaran dan tidak menimbulkan rasa sakit yang membahayakan diri isteri. Hal ini disebutkan di dalam hadith berikut:

نهوحبقت لاو نهوبرضت لاو
Ertinya: "dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka”.

Kerana itu walaupun suami bermaksud memberi pengajaran kepada isteri namun dia tetap bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan keamanan isteri. Hal ini disebut di dalam firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 19:

”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Dalam hal ini jika suami gagal berkomunikasi dengan baik terhadap isteri hingga membawa kepada masalah yang besar, isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hak tersebut. Jika suami enggan berubah isteri boleh meminta bantuan daripada orang tengah untuk menasihati suami agar tidak berkasar dengan isteri. Jika tidak berhasil isteri dapat mengadukan masalahnya ke mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya agar tidak mengulangi kekasarannya terhadap isteri.
Salam . Mama Leia

Saturday, October 1, 2011

Marriage is something to give and take.

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami. Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, di mana suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya.

Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya.

Islam telah menetapkan para suami bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangganya dan memenuhi hak-hak isterinya dan memerintahkan supaya mereka berlaku baik terhadap isteri mereka sesuai dengan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Oleh itu, apabila hak-hak isteri tidak ditunaikan dengan baik oleh suami sedangkan ia menyedari dan mampu melaksanakan hak-hak tersebut, maka dia telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya, juga menderhakai isterinya.

dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim).

Salam . Mama Leia
 

Sunday, September 18, 2011

Love letter.

Dear Papa, 

      This time I realise that I've been falling in love, from the deepest of my heart, I do love you so much. My love is not an ordinary love when it belongs to you, and it's you who stay with me for the whole of my life. 

-Mama.




Suhaizam Faridah Leia Myeisha
Salam . Mama Leia