Wednesday, February 16, 2011

Durian oh durian!

Semalam balik kinrara ternampak ade gerai tepi jalan jual durian, memang dah lama lah nak makan durian..belilah satu biji je share dengan Papa. Memang puas hati lah makan semalam, sedap betul durian tu. Adalah dalam 10ulas Mama makan, ingat tak banyak tu pastu alih-alih lepas tidur tu dalam 4 am tu perut Mama memulas-mulas and mengeras. Aduh, ni mesti sebab durian ni. Tapi ok lagi.

Then pergi lah kerja macam biasa pagi tadi. Tapi badan dah rasa tak selesa. Panas semacam and angin je. Then cerita lah kat kak yana and kak nor. Aduhai, keluar pulak cerita tak sedap ni pasal makan durian masa pregnant. Tapi dah makan nak buat macamana, tawakal je lah. Ni semua akibat mengidam yang bukan-bukan lah ni. Huishh, if boleh undurkan masa, memang makan seulas je lah tapi macam mustahil pun ada. Hopefully tak ada apa-apa berlakulah.

Pastu balik dari kerja tu, badan dah memang panas. Mama dah demam. Nasib baik Papa baik hati tolong jaga Mama. huhu. Papa dengan baik hatinya tolong lap badan Mama, letak kain basah kat kepala Mama siap check suhu pakai ear thermometer baby lagi. hehe.  I love you Papa & Thank you for everything. :)

p/s: Sorry ye baby, Mama teringin. Mama janji tak buat lagi. Mama control makan ye pasni. :(

Inilah durian yang mengiurkan, tinggal kulit je sebab sedap sangat lupe nak snap picture. Hehe..tapi Awas! ia telah memudaratkan.

Ingat ye ibu-ibu mengandung, durian memang sedap tapi tak boleh makan banyak. Saya pun belajar dari pengalaman. Sekarang dah percaya dah. Huhu.

Sunday, February 13, 2011

Pagi kenangan dan senyuman.

Hari jumaat hari tu Mama tergerak hati nak bawa External HD ke office, saja je lah nak tengok-tengok External HD tu ok lagi ke tak sebab dah lama betul tak buka kot. Lagipun kerja office tak banyak minggu ni, saja nak buang masa sikit. Hehe.

Settle lah tengok every folder yang ada kat dalam External HD tu, then jumpalah album "kawen-kawen" kat dalam tu. Start lah tersenyum sorang-sorang sambil tengok album tu, nasib baik orang tak cakap buang tebiat. Hehe. Rindu pula masa buat persiapan wedding dulu. Even preparation wedding tu dalam masa yang singkat tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

So, rasanya macam nak share sikitlah a few pictures dari album tu. Nak buat kenangan, mana tahu anak-anak boleh view ke satu hari nanti. Bolehlah mereka tengok Mama and Papa mereka kahwin macamana. Hehe.

Wednesday, February 9, 2011

Hari bekerja selepas cuti.

Today firstday kerja after cuti panjang CNY, on the way to the office macam biasa tapi tak jammed just geram dengan orang-orang yang suke drive "lalala......" di pagi hari, I just wonder mereka ni nak pergi kerja ke nak pergi bersiar-siar. Tapi tak apalah janji tak lambat sampai office, just pity with Papa selalu datang lambat sebab our office hour sama, masuk 900am. Mama pun sampai ngam-ngam, Papa tak payah cakaplah, confirm lambat. Sorry, hehe.

Today at office macam biasa saja, buat kerja yang tak berapa nak ada tu and sometimes i feels like kerja dengan government pula. huhu. Kerja tak banyak tapi Alhamdulillah, no pressure at work. So do at home. hee.

Baby today macam biasa, gerak systematically, Alhamdulillah. Siap boleh main-main lagi dengan Mama ya?hehe. Tapi hari ni badan sakit-sakit sikit, biasalah badan dah berat, tak sabar rasanya nak tunggu baby keluar. Boleh main betul-betul pastu lebih cergas nak buat kerja. Tapi tak apa, Mama boleh sabar, janji baby sihat okay.

So, that's all for today. Life goes as usual. But more happier and more cheerful wait for blissful moment to meet my cute baby arrive to our world. Love you sayang Mama.

Tuesday, February 8, 2011

Mama rajin bila cuti.

Bila cuti Mama memang rajin nak bangun awal pagi, bila kerja punyalah liat nak bangun pagi (psycho betul). hee. Bangun pagi ni seperti biasa melepak kejap baru start buat kerja. Hari ni lastday cuti CNY, esok dah start kerja balik. Macam-macam dalam kepala ni nak buat. Tapi takut rindu rumah pula bila dah cuti lama-lama ni. Huhu.

Mama ingat today nak start buat kraf, barang dah ada. Tak sabar nak test. Woohoo!

Ok, sekarang jom start with mendobi baju. Cuaca cerah ni. Nice. Jom! Jom!

Monday, February 7, 2011

CNY holiday, first day of littleleia.blogspot.com and check up day.

Today bangun lambat nak pergi check up at kkia (klinik kesihatan ibu dan anak), segambut. Patutnya appointment 0800am tapi bangun pun 0830am. hee. Papa pun sama. Office Mama still cuti CNY.

Sampai at kkia around 0850am. Dah ramai dah. So, kena take turn lah. Today yang buat check up nurse pelatih from Mahsa College. At first rasa it's ok, maybe they know what they do. Then bila sampai  turn nak check tekanan darah, berat and so on. Huishhh, punya lah ramai nak buat, sampai 5orang kat kaunter tu. huhu. (it's ok, kasi chance la). Tapi what's the funny is, ada preggy women tu kena check hb (cucuk kat jari, amek darah ckit). Those pelatih tu dah ambil darah that women then bole pula dia tak tahu  nak buat apa then they ask the senior. The senior said darah tak cukup ni. Then boleh pula they ask that women tu tekan jari lagi sekali untuk ambil darah lagi sekali. huhu. suka-suka je.

Around 10am turn Mama untuk check perut dalam bilik dipanggil, nasib baik yang check  tu ketua nurse. So, lega ckit lah. Time check perut tu nurse dah suruh buat kiraan gerakan baby Mama ni. So, start hari ni kene alert la gerakan baby. Mama suka sebab baby Mama suka gerak-gerak. hee. Dan Alhamdulillah untill 0900pm tadi baby Mama ada gerak 10kali.

So, today selain pergi check up Mama just stay at home, berkemas, mendobi barang-barang baby and also setup blog baru ni. blog ni just nak story about my life, my lovely family and especially its for my little baby yang akan melihat dunia tak lama lagi, InsyaAllah. Hope dia akan baca satu hari nanti. Mama love you, sayang.