Saturday, June 18, 2011

Pe'el Leia Myeisha sekarang.

Hari ni Leia buat perangai baru die, hari ni Leia nangis-nangis ek~ek~ek~(buat-buat) tetiba pastu bila tak layan Leia nangis bersungguh-sungguh pulak. Pastu cepat-cepat ar Mama & Papa buat susu. Bila dah buat susu boleh pulak Leia nyot-nyot 2-3x pastu tertidur. haih. Anak Mama ni. Pastu bila dah tertidur tu boleh pulak senyum-senyum lagi. Haha. Comel. Ngengada ye? hee. Love u Leia. :)

p/s: hari ni Leia pakai rompers auntie Bai bagi, stripes color kuning. tomel-tomel. tq auntie Bai. :)

Leia with the yellow stripes romper, gift from auntie Bai. :)

Wednesday, June 15, 2011

Leia suka bebel & senyum-senyum.

Hari ni hantar Leia g rumah pengasuh dia asyik senyum-senyum je dalam kereta. Bila Mama & Papa agah je senyum. Huhu. Masuk rumah pengasuh pun nak senyum-senyum ngan pengasuh. Nenek pengasuh Leia pun suka agah-agah Leia sebab Leia suka senyum, pastu balik kerja ambil Leia td pun dia Leia senyum tengok Mama. Hehe. Pemurah senyuman anak Mama ni. Harap Leia bukan murah senyuman saja. Murah rezeki, murah bersedekah, murah budi bahasa dan sifat-sifat mahmudah yang lain juga. Amin. :)
Kelmarin kami g makan kat Garden, The curve. Mama & Papa ngah syok layan food kat situ. Leia pulak sebuk bebel sorang-sorang kat dalam Carseat dia tu. Huhu. Tomel-tomel betul. Hee. Mama love you Leia. :))


Tuesday, June 14, 2011

Leia - weekend - Papa's office.

On last Sunday. Mama, Papa & Leia went to many places. First sekali, kitorg g wedding kawan Mama kat Puchong, wedding uncle Firdaus (kawan Mama since Sekolah menengah). Congrats uncle! 

After g wedding, kitorg terus g cari Carseat Leia, susah betul nak cari, always sold out, since last week Mama & Papa dok cari. Dari Jusco IOI - Sunway Pyramid - One Utama. Semua pun dah sold out. So pencarian Carseat diteruskan last Sunday. Lepas g wedding, kitorg g Jusco IOI lg, mana tau ada stok baru. Tapi out of stock jugak. So, kitorg terus ke Mid valley Mega Mall tapi unfortunately tak ada jugak. Then, kitorg terus cari kat Jusco, Kepong Alhamdulillah ada tapi tinggal satu je. So apa lagi grab je apa yang ada. Actually Mama nak yang color merah tapi nak buat camana, nak dapat satu pun susah. Biru + grey pun ok. :)

Kitorg kena beli Carseat jugak that day sebabnya Leia kena ikut Papa g office, pengasuh Leia tak ada on Monday, ada hospital check up. So Papa said willing to take care of Leia okla. Alhamdulillah Papa memang pandai jaga Leia. Lagipun anak Mama & Papa ni tak banyak ragam. Alhamdulillah. hee. 

Btw, thanks to Papa. We Love You! :)

Leia with new Carseat. SCR 7, suit to her stroller SCR 6. | 120611




Leia at Papa's office. Bubum je. Good girl! :) | 130611



Thursday, May 26, 2011

Rezeki Leia.

Semalam Papa call dalam tengah hari bagitau satu berita gembira, our house loan approved! yeay! Alhamdulillah, mungkin ni yang orang cakap rezeki anak. Syukur pada Allah swt sangat. Terima Kasih Allah.

So, Leia. Ini hadiah Mama & Papa untuk Leia, masa depan keluarga kita dan InsyaAllah untuk adik-adik Leia nanti. Hehe. Our new house, own house. Syukur.

Nanti Leia dah besar Leia plan lah hidup Leia baik-baik ya. Bina masa depan yang cerah. Kumpullah aset dunia dan akhirat samarata ya sayang dan hidup mestilah diredhai Allah swt agar hidup sentiasa aman didunia dan juga diakhirat kelak, InsyaAllah. :)

Alhamdulillah.

Syukur sangat segalanya berjalan lancar. Leia Myeisha selamat dilahirkan 310311 jam 1128mlm di Putra Medical Center, Sg. Buloh. Alhamdulillah juga saya dah menghabiskan pantang selama 44hari dengan selamatnya dan last week on 210511 juga kenduri Akikah, Marhaban dan Cukur Jambul Leia dapat diadakan dengan sempurna. Leia pun dah botak. hehe. Syukur YaAllah, diatas segala pemberianmu ini. :)

Introducing LEIA MYEISHA BINTI SUHAIZAM. Buah hati mama & papa. :)

precious faces of mama & papa's sweetheart.


Kenangan terindah.

Teringat akan waktu kelahiran Leia kedunia. pada 310311. 1128 tgh malam. Melahirkan seorang cahaya mata yang sangat comel bagaikan bidadari yang mampu menghapus segala kesakitan ketika itu. Dan dengan kata sepakat Mama & Papa, kami namakan bidadari sulung itu Leia Myeisha. "Leia" adalah seorang puteri dalam movie kegemaran Papa dan "Myeisha" membawa erti restu dari Ilahi. Alhamdulillah.

Pada 310311, khamis. Ikut jadual memang ada follow up check up hari tu kat KKIA lagipun hari tu memang dah due date if ikut date scan. bedebar-debar tu tak de pun, tanda-tanda tu tak sure pulak. Sebab ada orang cakap akan pecah air ketuban ke, keluar darah ke, sakit yang amat sangat iaitu kontraksi pun tak de rasa cuma masa bangun pagi nak pergi kerja macam biasa tu just rasa sakit perut macam senggugut tu tapi sekejap-sekejap je. So pagi tu pergilah check up kat KKIA dulu, ikut appointment. Then bila misi kat KKIA check, dia cakap dah ada minor contraction so kena terus ke hospital tuk buat pemeriksaan dengan Doctor.

Dalam tengahari kami terus pergi ke Putra Medical Center jumpa Dr. Zarul. Doctor bersalin  Mama dan Dr. Zarul mintak Mama buat CTG tuk check denyutan jantung baby dan contraction. Lepas 25minit buat CTG, Dr. Zarul tengok report then terus suruh Mama admitted sebab contraction semakin tinggi dan kerap.

Lepas admiited dalam pukul 2 tu, Dr. Zarul check bukaan masih 2cm dan baby masih diatas tapi contraction makin terasa dan kerap. Dalam pukul 5 nurse datang dan suruh masukkan ubat baung air besar, tujuan supaya kalau nak bersalin najis tak keluar sekali masa push baby keluar., agaknya, hehe. Lepas masukkan ubat buang air besar tu, tak sampai 2minit terus pergi tandas. huhu. laju betul ubat tu.

Dalam pukul 8 malam, kontraksi semakin kuat, sakit die Allah saja yang tahu dan dalam masa tu sepupu Papa, Kak Betty datang melawat. Masa tu dah memang sakit betul tapi bukaan baru 2cm, teringat nurse yg buat CTG tu ckp. If contraction dah kuat tapi bukaan tak buka lg, maybe akan di operate. SubhanAllah, minta jauh, takut betul masa tu. So, Kak Betty pun ajar bila contraction datang, cuba push bagi baby cepat turun dan cepat bukaannya. So, Mama pun cubalah dan Kak Betty pun amek air selusuh yg kami ambil dari Darul Syifa' dulu then suruh Mama minum sikit yang lebih dia sapu kat perut. masa tu baru tahu, masa bila nak guna air selusuh tu. hehe.

Dalam pukul 1030malam tu Kak Betty dah pun balik dan Contraction makin kuat, sakit dan kerap. Masa tu dah tak tahan, minta Papa tolong panggilkan nurse tuk check apa yg patut. Nurse chech bukaan baru 3cm. aduhhh.... So, Mama teruskan dengan apa yang Kak Betty ajar, dalam masa sama, guard hospital minta Papa balik sebab waktu melawat dah habis, tapi Mama tengah sakit masa tu, Papa tak sampai hati try lengah-lengahkan masa. Dalam pukul1115 tgh malam macam tu, push punya push masa contraction tu tiba-tiba bunyi tuuupppp......air ketuban pecah. Panik Papa, terus panggil nurse, nurse pun panik sebab tadi bukaan baru 3cm. Doctor pun tak ada. Dah balik. Nurse try contact Dr. Zarul tapi tak dapat. Dalam masa sama, Mama dah hold baby dekat 3x dah. And nurse terus bawak pergi Labor Room tuk bersalin tapi Doctor tak sampai lagi. Dr. Zarul cannot reach mase tu, then nurse pun call Dr. Ratna. Back up Doctor Mama.

Alhamdulillah, bila Dr. Ratna sampai. Mama push 2x baby pun keluar secara normal dan lahirlah Leia Myeisha kedunia pada jam 1128 malam pada 310311. Syukur yang teramat sangat sehingga Mama dan Papa, sejurus lahir je Leia kami tak putus-putus menyebut Alhamdulillah..Alhamdulillah sambil melihat Leia yang ditunjukkan oleh Dr. Ratna selepas kelahirannya. Saat itu sangatlah indah. :)

Leia Myeisha sebaik dilahirkan.

Anak mama menangis melihat dunia.
Jangan takut ya sayang.
Mama & Papa akan sedaya upaya melindungi Leia walau apa pun terjadi.

Selapas tengok Leia, Mama dipengsankan untuk jahitan dan sedar-sedar Mama dah kat wad semula. Alhamdulillah semuanya dah selesai. Papa tunggu sampai Mama sedar, sementara tu dia dah iqamah kan Leia. Alhamdulillah. Lepas Mama sedar Papa pun balik dan akan datang balik esoknya. Dalam pukul 145pagi tu, nurse bawakan Leia untuk disusukan oleh Mama. Alhamdulillah itu lah kali pertamanya Mama menyusukan Leia.terharu tengok Leia kat pangkuan Mama dan masa tu baru menyedari, macam tak percaya Mama dah menjadi seorang ibu kepada seorang bayi yang sangat comel. Kalau satu hari nanti Leia terbaca entry Mama ni, Mama nak Leia tau yang Mama dan Papa sangat sayangkan Leia dan Leia bayangkanlah betapa sukarnya bagi seorang ibu untuk melahirkan seorang insan kedunia ini. Jadi, Mama harap Leia jadilah seorang insan yang berguna, yang taat kepada Allah, Mama & Papa, agama dan bangsa. Jadilah seorang anak yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat ye anak Mama. Amin.

Mama susukan Leia buat kali pertama.

Leia Myeisha binti Suhaizam.

Tenang-tenang.

Alhamdulillah. Hari ni hari cuti berpantang yang ke 57. So, maksudnya Leia Myeisha pun da berusia 57 hari. Hari ni baru terasa tenang-tenang tuk update blog yang sekian lama xupdate ni. Masa berpantang memang tak done langsung nak berinternet. Facebook pun dapat buka sekejap-sekejap je. Berpantang mmg busy ye, siapa cakap boleh relax-relax. Memang tak dapat nak relax langsung, percayalah.

Hari ni rutin Leia macam hari-hari tak meragam dia la, tidur je. Seronok tengok Leia tidur, rasa nak peluk-peluk, cium-cium je tapi tak boleh. Baby kena rehat banyak-banyak lagipun if Leia bangun, alamatnya xbuat kerjalah. huhu. Ni Leia tidur boleh lah nak update blog kejap. :)

anak mama botak tomel tontel tengah tidur. :)
260511 | 57days.